Mixer

Mixer Umum Musim Kedua – Hadir Dengan Pelbagai Fungsi Baharu

2 tahun lalu

Mixer Umum Musim Kedua – Hadir Dengan Pelbagai Fungsi Baharu

Laman penstriman milik Microsoft, Mixer telah mengumumkan musim baharu di dalam perkhidmatan mereka. Walaupn tidak sepopular Twitch yang mempunyai lebih 140 juta pengguna, Mixer telah berjaya meraih 20 juta pengguna pada bulan Jun yang lalu, memperlihatkan peningkatan sebanyak 10 juta dalam masa enam bulan sahaja.

Walaupun sepanjang tahun ini Mixer telah mengumumkan beberapa fungsi baharu, mereka nampaknya tidak akan berhenti menampilkan ciri baharu apabila kini mengumumkan kemaskini baharu yang digelar sebagai musim kedua. Ia digelar sebagai musim kerana fungsi-fungsi yang diperkenalkan tidak akan tiba serentak tetapi dalam jangka masa tertentu. Sepanjang musim kedua ini, mereka juga akan terus mendengar maklumbalas dan mencuba idea-idea baharu.

Paparan pilihan Skills.
Paparan pilihan Skills.

Antara fungsi baharu yang diperkenalkan adalah Skills. Skills adalah koleksi interaksi antara penonton dan penstrim video. Melalui skills penonton boleh menghantar pelekat, gif, efek seperti bunga api dan confetti kepada penstrim. Berbeza dengan laman Twitch yang bergantung pada perkhidmatan pihak ketiga seperti Streamlabs, Mixer akan hadir dengan fungsi-fungsi ini secara terbina, selari dengan slogan mereka iaitu laman penstriman interaktif.

Penggunaan skills juga akan memberikan penstrim video pendapatan tambahan. Skills juga akan sentiasa menerima kemaskini kandungan baharu bagi kekal segar dan unik.

Selain daripada itu, Spark Patronage, fungsi derma dengan sasaran yang selalu digunakan oleh penstrim. Namun bagitu, berbeza dengan derma biasa, Spark Patronage tidak menggunakan wang ringgit. Spark boleh dikumpul dengan hanya menonton penstrim pilihan. Spark yang dikumpul kemudiannya boleh digunakan pada skills yang kemudiannya memberikan penstrim wang sebenar. Ini membolehkan para penonton menyokong penstrim tanpa perlu berkorban wang ringgit.

Mixer juga memperkenalkan dua fungsi baharu yang akan tiba di masa akan datang iaitu Mixer Embers dan Progression. Embers adalah matawang maya dengan fungsi serupa dengan Spark. Embers dibeli dengan wang sebenar dan boleh digunakan pada Skills bernilai tinggi. Ini adalah bertujuan bagi menyokong penstrim secara terus dan pantas.

Progression pula merupakan sistem yang menilai interaksi antara penstrim dan penonton. Jika penonton kerap hadir dan berinteraksi, mereka akan menerima tahap status yang lebih tinggi. Penonton boleh menerima efek profil yang menarik dan juga kelebihan lain seperti Skills yang dinaik-taraf.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments