Dota 2

Kenali Dota 2 – Bahagian 3 : Hero

2 tahun lalu

Kenali Dota 2 – Bahagian 3 : Hero

Artikel ini adalah termasuk di bawah siri Kenali Dota 2.


Dota 2 mempunyai 119 karekter yang boleh dimainkan dan dipanggil sebagai hero pada ketika ini (setakat Disember 2019). Setiap hero mempunyai abiliti dan kelebihan yang tersendiri. Setiap hero mempunyai peranan tersendiri yang penting bagi membantu pasukan mereka mencapai kemenangan. Penampilan hero didalam permainan ini juga boleh diubah dengan penggunaan kostum.

Setiap hero mempunyai tiga sifat utama iaitu Strength (Kekuatan), Agility (Ketangkasan) dan Intelligence (Kepintaran). Sifat-sifat ini mempengaruhi peranan sesebuah hero di dalam permainan ini. Namun begitu, ia bukanlah peraturan yang tetap kerana hero mampu membawa peranan yang berbeza mengikut kehendak pemain dan situasi. Di dalam perlawanan, selepas meningkatkan tahap pengalaman, setiap mata tambahan yang ditambah pada sifat utama setiap hero juga akan meningkatkan nilai kuasa sifat mereka.

Strength (Kekuatan)

Hero yang mempunyai kekuatan sebagai sifat utama adalah hero yang mempunyai kuasa serangan yang lebih tinggi dan mampu menerima serangan dengan lebih banyak. Hero seperti ini boleh digunakan sebagai pemula serangan. Kebanyakan hero dengan kekuatan sebagai sifat utama juga adalah hero jenis melee. Antara contoh hero jenis ini adalah Sven, Tiny dan Alchemist.

Hero dibawah kategori Strength.

Agility (Ketangkasan)

Hero dengan ketangkasan sebagai sifat utama adalah hero yang mempunyai kepantasan serangan dan perisai yang tinggi. Hero jenis ini mamp melancarkan serangan dengan pantas dan mempunyai ability untuk menyerang musuh secara tiba tiba. Antara contoh hero dengan ketangkasan sebagai sifat utama adalah Anti-Mage, Templar Assassin dan Ursa.

Hero dibawah kategori Agility.

Intelligence (Kepintaran)

Kepintaran hero selalunya melibatkan kebolehan mereka menggunakan mantera (spell) dengan lebih baik. Hero jenis ini mempunyai jumlah mana yang lebih besar dan mampu menjananya semula dengan lebih pantas. Namun begitu, hero jenis ini biasanya mempunyai nyawa yang lebih rendah dan kebanyakannya dimainkan sebagai hero sokongan (support) didalam perlawanan. Contoh hero jenis ini adalah Crystal Maiden, Windranger dan Chen.

Hero dibawah kategori Intelligence.

Peranan

Setiap hero didalam Dota 2 mempunyai peranan tersendiri yang bergantung pada sifat dan abiliti unik mereka. Pemain harus mengenali peranan masing masing bagi membolehkan perlawanan dimainkan dengan lebih lancar. Terdapat sembilan peranan rasmi dan lima peranan tidak rasmi didalam Dota 2 iaitu :

Rasmi :

  • Carry
  • Disabler
  • Initiator
  • Jungler
  • Support
  • Durable
  • Nuker
  • Pusher
  • Escape

Tidak Rasmi :

  • Hard Carry
  • Semi-Carry
  • Ganker
  • Roamer
  • Offlaner

Namun begitu, bagi kebanyakkan perlawanan, peranan ini diringkaskan kepada lima peranan utama iaitu Carry, Solo-Mid, Offlaner, Support dan Hard Support.

  • Carry
    • Carry merupakan hero utama didalam setiap perlawanan. Tugas utama carry adalah untuk membawa kemenangan kepada pasukan, justeru itu ia dipanggil sebagai ‘carry @ pembawa’. Hero jenis ini memerlukan farm yang paling tinggi di dalam pasukan. Carry selalunya lemah pada permulaaan perlawanan namun akan menjadi kuat setelah mempunyai farm yang mencukupi. Contoh hero dengan peranan ini adalah Anti Mage dan Spectre.
  • Solo -Mid
    • Solo-Mid merupakan peranan bagi pemain yang memilih untuk bermain pada lorong tengah didalam setiap perlawanan. Pemain bagi peranan ini selalunya mempunyai skill mekanikal yang lebih baik kerana lorong tengah didalam Dota 2 tidak mempunyai sebarang kelebihan seperti lorong selamat (safelane). Pemain bagi lorong ini perlu menggunakan skill mereka untuk mengatasi pemain solo-mid lawan bagi memberikan kelebihan kepada pasukan mereka. Antara hero yang biasa dimainkan untuk posisi ini adalah Shadow Fiend, Invoker dan Razor.
  • Offlaner
    • Offlaner merupakan pemain ketiga terpenting didalam perlawanan. Hero jenis ini akan bermula di lorong safelane pihak lawan. Hero safelane dianggap sebagai yang paling susah untuk dimainkan kerana di lorong safelane pihak lawan, mereka mempunyai kelebihan dengan kedudukan Menara dan posisi creep yang memihak mereka. Contoh bagi hero offlane adalah Slardar, Axe dan Clockwerk.
  • Support (Greedy/Farming Support)
    • Tugas utama pemain keempat pasukan ini merupakan memberikan sokongan kepada Carry pasukan mereka. Namun bagitu, mereka diberikan lebih banyak farm berbanding dengan hard support. Hero jenis ini juga selalunya mampu menyerlang didalam pertarungan dengan abiiti mereka yang mampu membantu carry pasukan membunuh hero musuh. Contoh bagi hero untuk posisi ini adalah Enigma, Slardar dan Earth Spirit.
  • Hard Support
    • Hero bagi posisi ini adalah yang termiskin disetiap perlawanan. Hero jenis ini tidak memerlukan farm yang banyak dan ditugaskan untuk membantu pemain lain di dalam perlawanan. Hero bagi posisi ini akan membeli item utama bagi membantu perlawanan seperti ward dan courier. Treant Protector, Dazzle dan Crystal Maiden merupakan contoh bagi hero untuk posisi ini.
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments