League of Legends

Tuan Rumah Bagi Kejohanan Worlds 2019, 2020 dan 2021 Didedahkan

2 tahun lalu

Tuan Rumah Bagi Kejohanan Worlds 2019, 2020 dan 2021 Didedahkan

Kejohanan League of Legends World Championship bakal menutup tirai pada 3 November ini dengan perlawanan akhir di antara pasukan Fnatic dan Invictus Gaming. Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Munhak, Incheon, Korea Selatan.

Bagi memberikan lebih banyak masa kepada perancangan acara akan datang, Riot Games telah berkongsikan lokasi bagi penganjuran kejohanan Worlds 2019, 2020 dan 2021. Selepas empat tahun berlalu, Eropah akan menjadi tuan rumah bagi edisi 2019 dengan pemilihan kota Paris iaitu di AccorHotels Arena. Selepas itu, Worlds 2020 pula akan diadakan di China dan kemudiannya di Amerika Utara pada tahun 2021. Bagi China dan Amerika Utara, lokasi penganjran masih belum ditetapkan memandangkan ia masih lagi jauh untuk dihampiri.

Dengan perkongsian ini, para peminat juga boleh melakukan perancangan dengan lebih awal bagi bersiap-sedia untuk menghadiri kejohanan Worlds paling hampir dari lokasi mereka.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments