Esukan

Mineski Keluar Respon Atas Tuduhan Scantzor Kepada Mereka

2 tahun lalu

Mineski Keluar Respon Atas Tuduhan Scantzor Kepada Mereka

Baru-baru ini Anthony ”Scantzor” Hodgson telah berkongsikan pengalaman beliau bekerja di dalam industri e-sukan di Asia Tenggara. Dalam perkongsian tersebut, beliau telah berceritakan tentang pengalaman buruk beliau sepanjang dua tahun bekerja dengan GESC, Entity Gaming dan Mineski.

Selepas beberapa hari berlalu, Mineski hari ini telah mengeluarkan kenyataan bagi memberikan respon mereka terhadap beberapa tuduhan seperti budaya kerja yang seperti cult dimana pekerja dilarang berkomunikasi dengan syarikat lain, layanan teruk selepas gagal mempamerkan keputusan baik dan isu kontrak mereka. Dalam respon mereka, Mineski menyatakan bahawa tujuan larangan terhadap pekerja mereka untuk berkomunikasi dengan syarikat pesaing adalah bagi memastikan tiada maklumat sensitif ditiriskan.

Memandangan posisi Scantzor pada ketika itu iaitu jurulatih pasukan, Mineski menyatakan bahawa laragan tersebut adalah bagi memastikan sebarang makluumat seperti strategi pasukan tidak tertiris. Mineski bagaimanapun menyatakan bahawa industri telah berubah kepada lebih baik dan mereka sendiri sedang bekerja keras untuk mengamalkan budaya kerja yang lebih sihat.

Bagi isu kontrak dan perubahan jawatan pula, Mineski memaklumkan bahawa pertukaran jawatan Scantzor daripada menjadi jurulatih pasukan Dota 2 Mineski kepada jurulatih pasukan HappyFeet adalah perlu dan mereka meminta maaf kerana ia dilakukan dengan kurang ideal iaitu ketika beliau sedang bercuti. Kontrak pula tidak mampu disiapkan kerana kedua pihak gagal memperoleh persetujuan tambah Mineski lagi. Namun, Mineski menegaskan bahawa walauupun kontrak tidak ditandatangani, pampasan yang sewajarnya diberikan.

Akhir sekali, berkenaan isu gaji pemain HappyFeet yang teruk iaitu sekitar USD150 (~RM627)  sebulan, Mineski berkata bahawa gaji pemain mereka telah dikemaskini sejak dari itu (tahun 2016) bagi mengikuti undang-undang di Filipina. Mereka akan terus memastikan bahawa pemain dan pekerja mereka gaji yang adil. Mineski mengakhiri kenyataan mereka dengan menegaskan bahawa mereka akan memastikan syarikat mereka terus bertambah baik terutamanya dalam memastikan tanggungjawab mereka sebagai pemain penting industri yang sedang membangun ini.

Walaupun Mineski memulakan kenyataan mereka dengan menyatakan bahawa mereka tidak akan mengesahkan atau menafikan salahlaku ke atas sebarang tuduhan, dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas itu menunjukkan bahawa kesemua tuduhan adalah benar. Walaupun dua tahun telah berlalu sejak perkara ini berlaku dan mungkin kini mereka tidak lagi mempunyai budaya yang sama di dalam organisasi itu,  ia jelas bahawa bagi memastikan industri muda ini terus membangun, isu seperti gaji pemain dan kebolehsaraan pekerja dan pemain perlu diutamakan.

Pemain utama industri harus memastikan organisasi mereka menjadi contoh yang baik dan bukannya menyalahguna harapan mereka terutamanya belia muda yang mahu terjun ke dalam industri ini. Kenyataan penuh Mineski boleh dibaca di bawah ini.

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *