PC

Kartridge – Platform Permainan PC Baharu Memulakan Ujian Beta Terbuka

2 tahun lalu

Kartridge – Platform Permainan PC Baharu Memulakan Ujian Beta Terbuka

Selepas Discord, sebuah lagi platform permainan pc akan memulakan perkhidmatan mereka tidak lama lagi iaitu Kartridge. Dimiliki oleh Kongregate, sebuah laman web permainan dalam talian, Kartridge merupakan platform permainan pc dan kedai jualan permainan dalam talian lebih kurang sama seperti Steam.

Kartridge akan bermula dalam fasa ujian beta terbuka bermula 1 November ini dengan lebih 200 permainan sedia dimainkan daripada 100 pembangun seperti Double Fine, Versus Evil, dan Thunder Lotus. Antara keunikan platform ini adalah ia bersifat terbuka dimana tiada yuran atau kelulusan diperlukan untuk menerbitkan permainan. Selain daripada itu, pembangun juga akan menerima 100 peratus daripada nilai USD10,000 keuntungan pertama yang diperoleh.

Kami mahu Kartridge berasa seperti pelaburan yang berbaloi kepada pemain dan pembangun permainan.

Alison Huffman, Pengarah produk, Kongregate.

Untuk pelanggan dan pemain pula, Kartridge akan mempunyai sistem hadiah kemajuan akaun dimana pemain boleh menyelesaikan cabaran untuk memperoleh pencapaian dan lencana. Dengan menyelesaikan cabaran-cabaran ini, tahap akaun pemain akan meningkat dan pada tahap tertentu, pemain boleh memilih untuk membeli permainan pada harga diskaun mahupun secara percuma.

Layari : Kartridge.com

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments