Overwatch Contenders

Blizzard Dedah Beberapa Perubahan Yang Akan Hadir Bagi Overwatch Contenders 2019

2 tahun lalu

Blizzard Dedah Beberapa Perubahan Yang Akan Hadir Bagi Overwatch Contenders 2019

Musim terakhir Overwatch Contenders bagi tahun 2018 belum pun bermula namun ia kerap menghiasi laman berita kerana pelbagai pemain liga tersebut ditandatangani pasukan Liga Overwatch.

Walaupun tidak sepopular Liga Overwatch, sebagai pentas terakhir di dalam program Path To Pro, Overwatch Contenders masih lagi sesuatau yang penting kepada Blizzard dan para peminat permainan tersebut. Blizzard telah pun berkongsikan perubahan yang bakal tiba bagi Overwatch Contenders untuk tahun 2019 kelak.

Bagi menyokong pemain terbaik di dalam liga tersebut, hadiah yang disediakan kini lebih lumayan kepada pasukan terbaik yang menamatkan musim di tangga teratas. Bermula pada tahun depan, setiap rantau hanya akan mempertandingkan 8 paskan berbanding dengan 12 pada tahun ini. Perubahan ini adalah bagi meningkatkan tahap pertandingan dan menyediakan perlawanan yang lebih menarik. Bagi ranta Amerika Utara, ia akan dibahagikan kepada dua menjadikan jumlah rantau pada tahun hadapan kepada 8.

Kesemua pasukan akademi untuk pasukan Liga Overwatch juga akan dijemput untuk menyertai musim pertama Overwatch Contenders 2019. Namun, bagi msim seterusnya, mereka akan mengikuti peraturan penurunan standard liga. Dengan lambakan pemain dari Korea Selatan, Overwatch Contenders juga akan memperkenalkan soft region lock dengan hanya 3 pemain asing maksimum dibenarkan di dalam pasukan. Ini adalah bagi membolehkan bakat tempatan menerima peluang bermain yang lebih tinggi dan ekosistem pemain global bagi jangka masa panjang.

Akhir sekali, dengan pengurangan jumlah pasukan bertanding, jumlah musim juga akan dikurangkan daripada 3 kepada 2 dengan setiap musim berlangsung dalam tempoh lebih lama berbanding sekarang ini. Perubahan-perubahan ini diharapkan dapat memberikan pengalaman yang lebih baik dan menambah kestabilan liga.

 

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *