Dota 2

Atlanta, China, Moscow dan Ukraine Diura-urakan Bakal Menjadi Tuan Rumah Baki Kejohanan Dota 2 Major Musim Ini

2 tahun lalu

Atlanta, China, Moscow dan Ukraine Diura-urakan Bakal Menjadi Tuan Rumah Baki Kejohanan Dota 2 Major Musim Ini

Sebanyak 5 kejohanan Dota 2 Major akan berlangsung di dalam musim Dota 2 Pro Circuit 2018/2019 dimana hanya satu daripadanya telah didedahkan iaitu The Kuala Lumpur Major.

Baki empat lagi lokasi kejohanan major masih lagi belum didedahkan pada ketika ini namun ura-ura terbaru menyatakan beberapa lokasi telah pun dipilih oleh Valve. Laporan dari laman web EsportsHeaven menyatakan bahawa sumber mereka telah berkongsikan empat bandar yang menjadi pilihan Valve iaitu  China, Moscow, Atlanta dan Ukraine. Sumber yang memilih untuk kekal awanama itu bagaiamanpun menyatakan bahawa hanya China dan Moscow telah pasti menganjurkan kejohanan major seterusnya manakala pemilihan Atlanta dan Ukraine masih lagi belum muktamad.

Dalam pada masa yang sama juga, ESL yang baru sahaja menganjurkan kejohanan ESL One Hamburg dilihat tidak akan menganjurkan sebarang kejohanan Major untuk DPC bagi musim ini. Namun begitu, selagi ianya belum diumumkan secara rasmi oleh Valve, sebarang perkara boleh berubah di masa akan datang ini. Valve juga sudah pasti mahu musim DPC kedua ini berjalan dengan lebih lancar dan tidak mempunyai masalah seperti musim terdahulu.

Sumber : EsportsHeaven