Dota 2

Secret Juara ESL One Hamburg 2018 – Midone Bawa Pulang Mercedes Benz

3 tahun lalu

Secret Juara ESL One Hamburg 2018 – Midone Bawa Pulang Mercedes Benz

Penambahan Nisha dan Zai nampaknya membuahkan hasil kepada pasukan Secret apabila mereka berjaya memperoleh gelaran juara kedua pada awal musim kompetitif 2018/2019 ini.

Team Secret muncul juara kejohanan Dota 2 ESL One Hamburg 2018 selepas menewaskan pasukan Vici Gaming pada perlawanan akhir yang berlangsung sengit. Perlawanan yang dimainkan dalam format terbaik dari 5 siri perlawanan itu dimainkan sepenuhnya apabila kedua pasukan saling  tidak mahu mengalah.

Team Secret memenangi perlawanan pertama namun Vici Gaming menguasai dua perlawanan seterusnya. Berada di ambang penyingkiran, Secret kembali bermain dengan baik dan memaksa perlawanan kelima dimainkan. Di perlawanan kelima ini, Zai bersama hero beliau Magnus terus memberikan VG masalah sepanjang perlawanan tersebut berlangsung memkasa mereka menyerahkan piala ESL One kepada Secret.

Selain daripada piala kejohanan dan wang tunai USD125,000, Midone juga dianugerahkan sebagai pemain terbaik kejohanan dan membawa pulang sebuah kereta dari Mercedes Benz. Walaupun dua kejohanan pertama yang dijuarai oleh Team Secret buanlah acara DPC, kecemerlangan mereka membuktikan bahawa barisan pemain baharu mereka ini adalah ancaman kepada pasukan-pasukan lain bagi musim ini. Selepas ini,  Team Secret akan kembali ke Malaysia tidak lama lagi untuk menyertai kejohanan The Kuala Lumpur Major.