League of Legends

Invictus Gaming dan Fnatic Mara Ke Perlawanan Akhir Worlds 2018

3 tahun lalu

Invictus Gaming dan Fnatic Mara Ke Perlawanan Akhir Worlds 2018

Harapan Amerika Utara untuk mara ke pentas akhir kejohanan League of Legends World Championship tidak kesampaian apabila pasukan Cloud9 tumbang kepada pasukan Fnatic di perlawanan separuh akhir.

Pasukan Fnatic mempamerkan persembahan cemerlang menamatkan siri perlawanan dengan keputusan bersih 3-0. Dengan kemenangan ini, pasukan Fnatic juga buat pertama kalinya sejak dari tahun 2011, kembali semula ke pentas final. Fnatic akan bertemu dengan pasukan Invictus Gaming yang menewaskan pasukan G2 Esports sehari sebelum ini.

Pasukan Invictus Gaming juga mengakhiri siri perlawanan mereka dengan keputusan bersih 3-0. Ini menjadikan pentas akhir kelak pertarungan antara pasukan barat dan timur yang sebelum ini belum pernah berlaku akibat daripada dominasi pasukan Korea. Fnatic akan menjadi harapan terakhir barat untuk sekali lagi mencipta sejarah di kejohanan kali ini.

Worlds 2018 Final Bracket
Sumber : Gamepedia

Perlawanan akhir antara Fnatic dan Invictus Gaming akan berlangsung pada 3 November ini bermula pada pukul 3.30 petang waktu Malaysia. Namun sebelum itu, acara pembukaan perlawanan akhir akan diadakan dengan persembahan artis popular seperti Bobby (iKON) dan G(IDLE). Ia akan bersiaran dari Munhak Stadium, Incheon, Korea Selatan.