PC Penstriman

Intel Bekerjasama Dengan Streamlabs Hasilkan PC Khas Untuk Penstrim Video

3 tahun lalu

Intel Bekerjasama Dengan Streamlabs Hasilkan PC Khas Untuk Penstrim Video

Penstrim permainan video seperti Ninja, Shroud dan DrDisrespect merupakan bual bicara hangat tahun ini dibantu dengan permainan popular seperti Fornite dan PUBG. Kepopularan mereka sebagai penstrim berjaya menarik ramai pihak untuk mencuba menjadikan ia sebagai kerjaya termasuklah di Malaysia.

Tidak mahu ketinggalan di dalam trend ini, Intel dan Streamlabs, syarikat yang terkenal dengan widget khas untuk penstrim dan versi OBS tersendiri mereka, telah bekerjasama bagi menghasilkan komputer yang sesuai untuk strim sebaik keluar dari kotak. Kedua syarikat ini akan membekalkan perkasasan dan perisian kepada syarikat pengeluar peranti pihak ketiga seperti  Shuttle, Simply NUC, Zotac, dan Acer.

Peranti komputer yang dihasilkan akan menjalankan sekurang-kurangnya pemproses intel i5 generasi terbaru yang boleh menstrim video pada resolusi 1080p 60fps tanpa sebarang masalah dan juga hadir dengan perisian Streamlabs secara terbina. Fokus peranti ini adalah bagi membolehkan penstrim mempunyai perkasasan khas untuk menstrim video disamping komputer atau konsol utama mereka yang digunakan untuk bermain.

Penstrim video ternama sudah sedia menggunakan dua komputer dimana satu daripadanya khas untuk menstrim dan sebuah lagi untuk bermain. Ini bukan sahaja kerana strim video memerlukan kuasa pemprosesan yang agak tinggi, ia juga boleh membantu melakukan strim dengan lebih efisien lagi.

Syarikat-syarikat yang dipilih sudah sedia menawarkan komputer padat sebelum ini. Dengan kerjasama ini, kelak mereka yang berminat boleh mendapatkan peranti kedua khas untuk strim bagi meningkatkan kualiti strim mereka. Dengan mempunyai perkasasan khas untuk strim, komputer utama kini tidak lagi perlu dibebankan dengan kuasa pemprosesan dan penstrim juga boleh meningkatkan kualiti siaran tanpa risau ia menganggu permainan yang dimainkan.

Sumber : VentureBeat