Epic Games Fortnite

Epic Games Terima Suntikan Dana Baharu Lebih RM5 Bilion

2 tahun lalu

Epic Games Terima Suntikan Dana Baharu Lebih RM5 Bilion

Syarikat pembangun permainan popular Fortnite, Epic Games dilaporkan telah berjaya mengumpul dana sebanyak USD1.25 bilion (~RM5.2 bilion) dari beberapa pihak dalam siri pengumpulan dana terbaru mereka.

Dengan permainan Fortnite : Battle Royale dilaporkan telah berjaya mengumpul keuntungan melebihi USD2 bilion masih lagi popular di seluruh dunia, syarikat tersebut sudah pasti menarik minat ramai pelabur. Antara pihak yang dilaporkan telah melabur dalam siri terbaru ini adalah aXiomatic (Team Liquid), KKR, Iconiq Capital, Smash Ventures, Vulcan Capital (Paul Allen), Kleiner Perkins dan  Lightspeed Venture Partners.

Kesemua mereka akan menyertai Epic Games sebagai pemegang saham minoriti yang dianggotai oleh pelabur sebelum ini seperti Disney, Tencent dan Endeavor. Dengan dana baharu ini, Epic Games kini dianggarkan bernilai mencapai USD15 bilion berbanding USD5-8 bilion sebelum ini.

Sumber : Dot Esports

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments