PUBG

PUBG Asia Invitational Macao 2019 Bakal Berlangsung Januari Ini – Tawar USD500,000

2 tahun lalu

PUBG Asia Invitational Macao 2019 Bakal Berlangsung Januari Ini – Tawar USD500,000

Kejohanan besar pertama anjuran PUBG Corp bagi tahun 2019 telah pun didedahkan dan ia bakal mempertandingkan pasukan-pasukan terbaik di Asia.

Menawarkan hadiah sebesar USD500,000 (~RM2,088,000), kejohanan ini akan berlangsung selama tiga hari di Macau. Ini merupakan edisi kedua kejohanan ini selepas edisi pertama berlangsung pada tahun 2017 lalu di acara G-Star 2017 Asia di Busan, Korea. 16 pasukan akan dijemput untuk bertanding ke kejohanan ini dimana kesemua jemputan tersebut dipilih menerusi beberapa kejohanan rantau kecil yang bakal berlangsung.

Berikut merupakan slot jemputan dan kejohanan yang dipilih:

  • 4 Terbaik bagi JIB PUBG SEA Championship 2018 (Asia Tenggara)
  • 4 Terbaik bagi  PUBG China Pro Invitational Musim 2 (China)
  • 3 Terbaik bagi PUBG Korea League Musim 2 (Musim tetap) + Juara Korea Final. (Korea)
  • 2 Terbaik bagi PUBG Japan Series (Jepun)
  • 2 Terbaik bagi Metalhogs PUBG Finals Musim 2 (Taiwan/Hongkong/Macau)

Bagi JIB PUBG SEA Championship, empat pasukan dari Malaysia, GeekFam, Quaker, Gaventure dan MBT.MinumKopiJap bakal bertanding di kejohanan tersebut selepas melayakkan diri menerusi kejohanan PUBG Malaysia/Singapore Championship 2018 yang dianjurkan oleh Geek Events sebelum ini.

Sekiranya mereka berjaya memperoleh kedudukan 4 terbaik di kejohanan JIB PUBG SEA Championship ini, mereka akan melayakkan diri ke kejohanan PUBG Asia Invitational Macao 2019 kelak. PUBG Asia Invitational Macao 2019 akan berlangsung pada 10 sehingga 12 Januari 2019. Perincian yang lebih jelas lagi mengenai kejohanan tersebuut akan diumumkan kelak.

 

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments