Mobile Legends

Lebih 190,000 Hadiri Pusingan Akhir Mobile Legends Profesional League MY/SG

2 tahun lalu

Lebih 190,000 Hadiri Pusingan Akhir Mobile Legends Profesional League MY/SG

Pusingan akhir Mobile Legends Bang Bang Profesional League MY/SG telah berlangsung pada pada 19 Oktober ini sehingga 21 Oktober lalu bertempat di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Liga tersebut dijuarai pasukan dari Malaysia iait Saiyan Reborn yang menewaskan pasukan Evos SG di perlawanan akhir.

[irp posts=”2245″ name=”Saiyan Reborn Juarai Musim Kedua Mobile Legends Professional League MY/SG”]

Beberapa hari selepas tamatnya acara tersebut, beberapa statistik mengenai penganjuran acara tersebut telah dikongsikan kepada umum. Sepanjang tiga hari pusingan main habis tersebut berlangsung, lebih 190,000 peminat telah menghadiri lokasi pertandingan bagi menonton dan menyokong pasukan kegemaran mereka.

Dari segi siaran dalam talian pula, strim rasmi berjaya memperoleh lebi 26,000 penonton serentak pada satu-satu masa. Jumlah tontonan keseluruhan pula telah mencapai angka 37 juta tontonan membuktikan bahawa liga tersebut amat popular di negara ini. Dengan pencapaian yang baik ini, musim ketiga nanti pastinya akan berlangsung dengan lebih meriah lagi dan mampu menarik lebih ramai lagi peminat.

Sumber : Moonton