Liga Overwatch

Toronto Pilih Nama Defiant Dan Warna Tema Merah Hitam

2 tahun lalu

Toronto Pilih Nama Defiant Dan Warna Tema Merah Hitam

Selepas Atlanta Reign didedahkan semalam, pasukan Liga Overwatch Toronto menjadi pasukan kedua dari lapan pasukan baharu mendedahkan penjenamaan mereka dengan memilih nama Toronto Defiant.

Nama Defiant dipilih bagi mewakili kekuatan, daya tahan dan karekter bandaraya Toronto. Bagi warna tema pula, kombinasi warna hitam, merah, putih dan kelabu menjadi pilih pasukan ini. Dimiliki oleh Kimel family, OverActive Media dan Splyce, Toronto Defiant akan bertanding di Liga Overwatch musim kedua sebagai salah satu pasukan divisyen Atlantik.

Bersama-sama dengan 20 pasukan lainnya, mereka akan mulai bermain pada  14 Februari 2019. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Toronto Defiant berhasrat untuk menjadi pasukan e-sukan berkelas dunia dan membawa nama Toronto ke pentas dunia.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments