League of Legends

Lagu Remix Rise Dimuat-naik – Disertai Penyanyi Kumpulan Kpop iKon

3 tahun lalu

Lagu Remix Rise Dimuat-naik – Disertai Penyanyi Kumpulan Kpop iKon

Lagu tema kejohanan League of Legends World Championship telah pun didedahkan pada pengakhiran bulan September yang lalu bertajuk Rise yang dinyanyikan oleh The Glitch Mob, Mako, dan The Word Alive.

Kini, menghampiri pusingan separuh akhir kejohanan tersebut, versi remix lagu tersebut telah dimuat-naik memperlihatkan penyertaan penyanyi kumpulan Kpop,  iKon iaitu Bobby. Berbanding dengan versi asal, versi remix ini menyertakan bahagian rap yang dinyanyikan oleh Bobby yang juga merupakan penyanyi rap bagi kumpulan iKon.

Memandangkan edisi tahun ini dianjurkan di Korea Selatan, versi ini merupakan langkah promosi yang baik untuk menarik para peminat tempatan untuk hadir ke kejohanan tersebut walaupun kesemua pasukan dari Korea telah pun tersingkir. Empat pasukan yang tinggal di pusingan separuh akhir adalah Cloud9, Invictus Gaming, Fnatic dan G2 Esports. Perlawanan akan bermula pada 27 Oktober ini bermula pada pukul 3.30 petang waktu Malaysia.