Dota 2

Kejohanan Dota 2 Minor Kedua Musim Ini Diumumkan – PGL The Bucharest Minor

2 tahun lalu

Kejohanan Dota 2 Minor Kedua Musim Ini Diumumkan – PGL The Bucharest Minor

Dengan pasangan kejohanan pertama DPC 2018/2019 bakal berlangsung tidak lama lagi iaitu Dreamleague Minor dan The Kuala Lumpur Major, kejohanan seterusnya kini telah didedahkan iaitu PGL The Bucharest Minor.

The Bucharest Minor akan menjadi kejohanan minor kedua musim ini dan seperti mana Dreamleague, pemenang kejohanan ini akan turut memperoleh slot untuk bertanding di kejohanan major seterusnya yang masih lagi belum didedahkan. The Bucharest Minor menawarkan hadiah sebesar USD300,000 dan akan berlangsung pada 9 hingga 13 Januari menjadikan ia kejohanan DPC pertama bagi tahun 2019.

Pusingan kelayakan atas talian bagi kejohanan ini akan bermula pada 1 sehingga 5 Disember ini. Oleh kerana ia merupakan kejohanan DPC, mata kelayakan akan turut diperuntukkan iaitu sebanyak 500 dengan pemenang tempat pertama memperoleh 120 mata.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments