Overwatch

Fungsi Menonton Yang Lebih Baik Akan Diperkenalkan Di Acara Piala Dunia Overwatch

3 tahun lalu

Fungsi Menonton Yang Lebih Baik Akan Diperkenalkan Di Acara Piala Dunia Overwatch

Sejak dari awal lagi permainan Overwatch telah menerima kritikan tentang kesukaran permainan itu difahami ketika ditonton. Bagi menambah baik pengalaman menonton ini, Blizzard akan memperkenalkan fungsi baharu di acara Piala Dunia Overwatch di BlizzCon yang dipanggil sebagaiĀ Overwatch World Cup Viewer.

Fungsi ini bagaimanapun hanya akan hadir bagi pengguna klien Battle.net di platform PC. Menerusi fungsi baharu ini, para penonton boleh mengawal tontonan dengan lebih baik seperti mengubah sudut pandang dari sudah pandang pertama kepada sudt pandang ketiga. Fungsi kamera bebas dan sudut pandang atas jga boleh digunakan bagi melihat permainan secara lebih menyeluruh.

Selain daripada itu, fungsi menonton semula perlawanan selepas ia tamat juga akan turut disertakan. Ia akan hadir dengan lebih banyak kawalan berbanding siaran langsung seperti masa kelajuan kamera, susur masa bagi memudahkan tontonan. Walaupun hanya akan boleh digunakan untuk acara Piala Dunia Overwatch, Jeff KaplanĀ  turut menyatakan bahawa mereka berhasrat untuk mengintegrasikan fungsi ini ke dalam permainan itu secara keseluruhannya pada masa akan datang.