Esukan

Drake Kini Adalah Pemilik Bersama Bagi Organisasi 100 Thieves

2 tahun lalu

Drake Kini Adalah Pemilik Bersama Bagi Organisasi 100 Thieves

Selebriti terkenal, Drake mulai mencipta nama di dunia permainan selepas bermain Fortnite bersama-sama dengan Ninja, penstrim video popular di laman Twitch.

Beliau kini nampaknya bakal terjun lebih dalam lagi di arena permainan selepas melakukan pelaburan di dalam organisasi e-sukan 100 Thieves yang dimiliki oleh Matthew “Nadeshot” Haag. Drake bersama-sama dengan Scooter Braun kini adalah pemilik bersama organisasi tersebut.

Keputusan ini adalah tidak mengejutkan kerana 100 Thives sendiri bukan sahaja organisasi e-sukan, malah menggelar diri mereka sebagai jenama gaya hidup, pakaian dan e-sukan. Penyertaan selebriti seperti Drake di dalam organisasi yang memfokuskan kepada gaya hidup adalah boleh dikatakan bersesuaian. Pengumuman ini juga memperlihatkan tamatnya siri mencari dana pertama organisasi tersebut. 100 Thieves dilaporkan telah berjaya mengumpul dana sebesar USD25 juta dari beberapa pelabur seperti pengerusi Cleveland Cavaliers dan Quicken Loans Dan Gilbert, Sequoia, Ludlow Ventures, Courtside Ventures, WndrCo, CEO Salesforce Marc Benioff, CEO Dropbox Drew Houston, Green Bay Ventures, Tao Capital, dan Advancit Capital.

100 Thieves pada ketika ini mempunyai pasukan League of Legends, League of Legends Academy, Fortnite dan Clash Royale. Pasukan League of Legends mereka berjaya melayakkan diri ke kejohanan League of Legends World Championship 2018 namun tersingkir di peringkat kumpulan.

Sumber : The Verge, 100 Thieves

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments