Esukan

ANSARA Esports Memperkenalkan Pertiwi – Kejohanan E-sukan Khas Untuk Pelajar Universiti

2 tahun lalu

ANSARA Esports Memperkenalkan Pertiwi – Kejohanan E-sukan Khas Untuk Pelajar Universiti

ANSARA Esports (Anak Sains Mara Esports) yang terkenal dengan penganjuran beberapa kejohanan e-sukan seperti ANSARA Esports Malaysia Championship (AEMC) dan Female Esports Asian Roundup (FEAR) telah mengumumkan sebuah kejohanan baharu kali ini memfokuskan kepada pelajar universiti.

[irp posts=”1830″ name=”Senarai Universiti Tempatan Yang Mempunyai Kelab E-sukan”]

Digelar sebagai Pertiwi Inter-Uni Esports Championhsip, kejohanan ini akan mempertandingkan tiga buah permainan iaitu Dota 2, Mobile Legends Bang Bang dan CSGO. Pertiwi akan menjadi salah sebuah acara di Malaysia Esports Convention (MEC) yang bakal berlangsung pada 9 sehingga 11 November ini. Selain daripada Pertiwi, MEC akan turut menyertakan pusingan akhir bagi kejohanan AEMC, FEAR dan M6.

Setiap permainan yang dipertandingkan di acara Pertiwi menyediakan hadiah keseluruhan berjumlah RM1,850 setiap satu. Namun, jika ditambah dengan acara lain seperti AEMC, FEAR dan M6, jumlah hadiah keseluruhan yang ditawarkan di MEC mencapai RM300,000. Selain daripada acara e-sukan, MEC akan turut mengadakan pameran, karnival dan persembahan.

Daftar : Pertiwi Dota 2, CSGO dan Mobile Legends

Layari : Malaysia Esports Convention

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments