Liga Overwatch

Pasukan Liga Overwatch Atlanta Dedah Nama Baharu Mereka – Atlanta Reign

3 tahun lalu

Pasukan Liga Overwatch Atlanta Dedah Nama Baharu Mereka – Atlanta Reign

Salah satu dari lapan pasukan baharu Liga Overwatch, Atlanta hari ini menjadi pasukan pertama di dalam senarai itu mendedahkan nama pasukan mereka. Bagi menghadapi musim kedua Liga Overwatch, mereka akan bertarung menggunakan nama Atlanta Reign.

Dimiliki oleh Cox Enterprises, pasukan ini dilaporkan membayar sekitar USD35 juta sehingga USD60 juta bagi harga belian masuk ke dalam liga ini. Senarai pemain bagi pasukan ini bagaimanapun masih lagi belum didedahkan. Selain daripada Atlanta, tujuh pasukan baharu yang menyertai musim kedua Liga Overwatch adalah Chengdu, Hangzhou, Guangzhou, Paris, Toronto, Vancouver, dan Washington, D.C.

Ini menjadikan senarai pasukan bertanding bagi musim akan datang adalah 20 pasukan dengan 9 daripadanya berasal dari luar Amerika Syarikat. Dengan penambahan 8 pasukan baharu di Liga Overwatch iaitu Atlanta, Paris, Toronto, Washington DC, Chengdu, Guangzhou, Hangzhou dan Vancouver, jumlah perlawanan kini berkurangan dimana setiap pasukan hanya akan bertarung sebanyak 28 perlawanan sepanjang musim.