ESL India Mengesahkan Forsaken Menipu Di Acara Mereka

ESL India Mengesahkan Forsaken Menipu Di Acara Mereka

Sejurus kejadian Nikhil “forsaken” Kumawat ditangkap menipu di kejohanan Zowie eXTREMESLAND 2018 Asia Finals tempoh hari, ESL India telah melancarkan siasatan serta merta mengenai kejohanan mereka iaitu ESL India Premiership yang berlangsung pada 14 Okotber lalu dimana pasukan OpTic Gaming India menjadi juara.

Baca Juga :   Pemain CSGO OpTic India Ditangkap Menipu Di Kejohanan eXTREMESLAND 2018 Asia Finals

Siasatan penuh dilakukan ke atas kesemua 20 pemain yang bertanding di hari tersebut dan kesemua komputer yang digunakan diperiksa bagi mengesan fail-fail yang mencurigakan. Hasil siasatan mereka mendapati bahawa cakera SSD di komputer yang digunakan oleh forsaken mengandungi fail yang sama yang ditemui di kejohanan eXTREMESLAND. Bukti ini telah dikongsikan kepada Esports Integrity Coalition (ESIC) yang akan turut melakukan siasatan mereka sendiri dan hukuman terhadap forsaken akan diumumkan tidak lama lagi.

OpTic Gaming pula sudah pun menghentikan semua aktiviti OpTic India dan melepaskan semua pemain dan berkemungkinan besar akan meninggalkan rantau tersebut. Perkara ini pasti membantutkan perkembangan e-sukan di India dan menyebabkan pihak lain berat hari untuk melabur di negara tersebut.

Leave a Comment

%d bloggers like this: