Saiyan Reborn Juarai Musim Kedua Mobile Legends Professional League MY/SG

Saiyan Reborn Juarai Musim Kedua Mobile Legends Professional League MY/SG

Berada di ambang penyingkiran dengan memperoleh tempat tercorot pada minggu keempat dan kelima musim tetap liga, Saiyan Reborn bangkit mencuri peluang dengan tipis melayakkan diri ke pusingan main habis liga dengan memperoleh slot terakhir.

Dari tempat terakhir dan kelapan itu, untuk perlawanan pertama di pusingan main habis, mereka bertemu dengan Flash Tyrants yang merupakan pasukan terbaik di musim tetap. Perjalanan mereka kekal sukar dan akhirnya tewas kepada Flash Tyrants dan jatuh ke kumpulan kalah.

Namun begitu, di kumpulan kalah, Saiyan Reborn bangkit  dengan menewaskan pasukan Traitors untuk mara bertemu Bigetron SG. Bagaikan dirasuk, Saiyan Reborn terus mempamerkan persembahan cemerlang dengan terus memenangi perlawanan mereka di kumpulan kalah dengan menewaskan Bigetron SG, AirAsia Saiyan dan kemudiannya Flash Tyrants.

Di kumpulan kalah ini, tidak sekalipun pasukan Saiyan Reborn tewas pada perlawanan mereka. Dengan rekod bersih itu, Saiyan Reborn akhirnya mara ke perlawanan akhir untuk bertemu dengan Evos Esports SG. Evos Esports SG merupakan pasukan yang mempamerkan pretasi cemerlang sepanjang berlangsungnya liga. Mereka menamatkan musim tetap di kedudukan kedua terbaik.

Baca Juga :   Pasukan Singapura Tewaskan Malaysia Di Perlawanan All-Star MPL MY/SG Musim Ke-2

Lawan yang hebat bagaimanapun tidak mampu mnegatasi momentum pasukan Saiyan Reborn yang sedang mengganas. Di perlawanan akhir tersebut, Saiyan Reborn meneruskan kecemerlangan mereka dengan memenangi dua perlawanan pertama. Menghampiri gelaran juara, Saiyan Reborn terleka seketika dan tertewas pada perlawanan ketiga. Di  perlawanan keempat, Evos SG mengekalkan kebangkitan mereka dan bermain dengan baik untuk menjadikan keputuusan seri 2 sama dan membawa ke perlawanan kelima.

Di perlawanan terakhir dan paling utama ini, Saiyan Reborn akhirnya memastikan gelaran juara menjadi milik mereka. Ketika Evos SG menyerang lorong tengah Saiyan Reborn pada minit ke-17, Lacid melakukan splitpush di lorong atas dan akhirnya mara untuk melakukan serangan pintu belakang. Serangan mengejut ini menyebabkan pemain Evos SG yang menyerang terpaksa berlari pantas ke pengkalan mereka namun semuanya sudah terlambat dan Lacid berjaya memusnahkan Crystal pasukn Evos SG dan mengesahkan kejuaraan pasukan beliau.

Sebagai juara keseluruhan liga, Saiyan Reborn membawa pulang hadiah sebesar USD31,000 (~RM128,898). Evos SG pula memperoleh USD15,000 (~RM62370) sebagai naib juara liga. Pemain terbaik pula dianugerahkan kepada Loong
Saw Kee Loong dan hadiah sebesar USD1,000 diberikan kepada beliau. Pusingan akhir yang berlangsung di Paradigm Mall itu berlangsung meriah dan penuh dihadiri oleh para peminat. Dengan kejayaan musim pertama dan kedua liga ini, musim ketiga nanti pasti mampu menarik lebih ramai lagi bakat-bakat tempatan untuk menyertainya. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam penganjuran liga ini.

Leave a Comment

%d bloggers like this: