League of Legends

Dinasti Berakhir – Semua Pasukan Korea Kini Tersingkir Dari Worlds 2018

2 tahun lalu

Dinasti Berakhir – Semua Pasukan Korea Kini Tersingkir Dari Worlds 2018

Selepas KT Rolster tersingkir di hari pertama pusingan suku akhir kejohanan League of Legends World Championship 2018, Afreeca Freecs menjadi harapan terakhir warga Korea Selatan.

Bermain di tanah air mereka sendiri, Afreeca Freecs bertemu dengan pasukan Cloud9 yang membawakan harapan Amerika Utara untuk mara ke separuh akhir buat pertama kalinya sejak tujuh tahun lalu. Sebagai kuasa besar di dalam permainan ini, Korea masih lagi dianggap sebagai pasukan yang lebih baik di dalam perlawanan ini. Namun begitu, Cloud9 memulakan perlawanan dengan rentak yang lebih baik dan pelbagai aksi menarik di persembahkan mereka untuk memenangi perlawanan pertama ini.

Ketinggalan 1-0, Afreeca memulakan permainan kedua dengan lebih baik dan mencuri first blood di lorong atas arena pertempuran. Permainan kemudiannya berlangsung seimbang sehinggalah minit ke-16 apabila Afreeca memperoleh beberapa kills dan cuba untuk mendahului pasukan Cloud9. Cloud9 bagaimanapun berjaya mengekang diri mereka dari ketinggalan dan akhirnya berjaya memenangi dua pertempuran kumpulan pada minit ke-22 dan 23 yang menyebabkan mereka berjaya memperoleh kelebihan besar dan terus mendahului perlawanan dan mengakhirinya tidak lama kemudian.

Berada di ambang penyingkiran, Afreeca cuba bangkit di perlawanan ketiga dengan corak permainan yang lebih baik. Mereka berjaya mencuri peluang untuk membunuh Baron namun Licorice dengan licik menggagalkan cubaan itu dan berjaya mencurinya daripada Afreeca.

Namun Afreeca masih mengekalkan penguasaan mereka sehinggalah pada minit ke-22 apabila Cloud9 berjaya kemabli memintas Afreeca dengan memperoleh beberapa objektif permainan dan membunuh beberapa champion Afreeca. Dengan jurang semakin membesar, Afreeca bangkit pada minit ke-25 untuk memenangi pertarungan kumpulan dan merapatkan kembali jurang antara kedua pasukan.

Kebangkitan ini bagaimanapun tidak kekal lama apabila Cloud9 kembali mengekalkan rentak mereka untuk akhirnya mneyingkirkan Korea dari kejohanan Worlds 2018. Kekalahan Afreeca Freecs ini juga memperlihatkan buat pertama kalinya sejak tujuh tahun lalu, pasukan dari Korea gagal untuk mara ke perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir kejohanan Worlds. Amerika Utara pula buat pertama kalinya berjaya mara ke perlawanan separuh akhir.

“Where were you when NA knocked LCK out of worlds? #Worlds2018”

Jack Ettienne, CEO Cloud9

Siri kedua pula memperlihatkan sebuah lagi pertembungan antara pasukan barat dan timur apabila pasukan Fnatic hadir untuk berlawan dengan pasukan China, Edward Gaming. Dengan kemenangan pasukan Cloud9 sebelum bermulanya perlawanan ini, para peminat mempunyai harapan tinggi perkara yang sama akan berlaku dimana barat akan menewaskan timur. Namun, Edward Gaming bermula garang dan menguasai sepenuhnya perlawanan.

Scout bermain cemerlang dengan rekod 8 kills dan tidak terbunuh walau sekali pun. Perlawanan ini menjadi milik Edward Gaming dan harapan peminat barat mulai pudar. Perlawanan kedua turut bermula baik bagi pasukan Edward Gaming. Permainan berlangsung seimbang sehinggalah minit ke-14 apabila harapan kembali cerah untuk Fnatic apabila mereka berjaya mememangi pertarungan besar dan berjaya memperoleh ace.

Dari situ, perlawanan terus memihak kepada Fnatic untuk mereka menyamakan siri perlawanan 1-1. Untuk perlawanan ketiga, ia bermula  seimbang bagi kedua-dua pasukan sehinggalah minit ke-18 apabila Edward Gaming mulai menjarakkan diri dari Fnatic. Fnatic cuba bangkit pada minit ke-27 dengan memenangi pertempuran besar dan memperoleh beberapa objektif namun Edward Gaming kembali menjarakkan diri mereka. Walaupun mendahului dengan perbezaan 4500 emas pada minit ke-45 perlawanan, kesilapan paskan Edward Gaming memberikan beberapa kills kepada Fnatic untuk mereka mencuri peluang menyerang dan memusnahkan Nexus mereka.

Mendahului 2-1, Fnatic meneruskan perlawanan keempat mereka dengan lebih baik, mengekalkan keseimbangan perlawanan dan memastikan Edward Gaming tidak dapat menjarakkan diri daripada mereka. Wakil dari Eropah itu kemudiannya mulai mengawal rentak pada pertengahan perlawanan. Walaupun Edward Gaming berjaya memperoleh beberapa kills sepanjang masa itu, Fnatic memastikan mereka mendahului dengan memfokuskan pada objektif. Akhirnya, pertarungan besar terjadi di minit ke-29 untuk Fnatic memastikan sebuah lagi pasukan dari barat mara ke pusingan separuh akhir. Mereka akan bertemu dengan pasukan Cloud9 pada 28 Oktober ini bagi menentukan pasukan yang akan mara ke perlawanan akhir kejohanan Worlds 2018.

 

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments