League of Legends

RNG Dan KT Rolster Tersingkir Di Pusingan Suku Akhir Worlds 2018

2 tahun lalu

RNG Dan KT Rolster Tersingkir Di Pusingan Suku Akhir Worlds 2018

Hari pertama acara utama kejohanan League of Legends World Championship 2018 memperlihatkan dua siri perlawanan pertama pusingan suku-akhir dipertandingkan.

Siri perlawanan pertama adalah diantara pasukan KT Rolster bertemu dengan pasukan Invictus Gaming. Dua perlawanan pertama menjadi milik pasukan Invictus Gaming selepas pasukan itu menguasai sepenuhnya kedua-dua perlawanan.  Perlawanan pertama berakhir dalam masa 30 minit dengan 17 kills kepada pasukan Invictus Gaming manakala KT Rolster hanya berupaya memiliki 4 kills.

Skrip yang sama berlaku di perlawanan kedua dengan Invictus Gaming meneruskan penguasaan mereka ke atas KT Rolster. Dengan 20 kills berbalas 7, perlawanan tersebut tamat dalam masa 26 minit berpihak kepada Invictus Gaming. KT Rolster bagaimanapun bangkit di saat akhir perlawan ketiga dengan memenanginya secara tipis. Walaupun Invictus Gaming menguasai hampir keseluruhan perlawanan, perlawanan tersebut berakhir dengan kedua pasukan saling berlumba dalam memusnahkan Nexus lawan namun pasukan KT Rolster lebih pantas dan memenangi perlawanan tersebut.

Selepas bangkit di perlawanan ketiga, KT Rolster memastikan impian mereka untuk kekal bertanding terus hidup apabila kali ini mereka menguasai sepenuhnya perlawanan keempat. Selepas memenangi pertempuran kumpulan pada minit kesepuluh, pasukan itu terus mengekalkan penguasaan untuk memastikan kelima-lima siri perlawanan dimainkan.

Di perlawanan terakhir, impian KT Rolster akhirnya musnah apabila Invicts Gaming kembali bermain dengan baik. Inivctus Gaming pantas mencari objektif dan akhirnya menyingkirkan pasukan KT Rolster dalam masa 42 minit. Invictus Gaming mara ke pusingan separuh akhir untuk bertemu dengan pasukan G2 Esports.

G2 Esports pula mara ke separuh akhir dengan menewaskan pasukan Royal Never Give Up dari China. Sama seperti perlawanan pertama, perlawanan antara kedua pasukan ini juga turut berlangsung dengan kelima-lima permainan dimainkan. Namun skrip agak berbeza apabila mereka saling berganti giliran dengan RNG memenangi perlawanan pertama dan ketiga manakala G2 Esports memenangi perlawanan kedua dan baki perlawanan keempat dan kelima.

Graf Perbezaan Emas Perlawanan Ke-4, G2 – RNG

Selepas saling berganti giliran untuk perlawanan pertama sehingga ketiga, G2 Esports bermain kejam dengan menamatkan perlawanan keempat dengan 15 kills berbalas 1. Tidak sekalipun pasukan RNG berjaya memintas pasukan G2 Esports dalam jumlah perbezaan emas di dalam perlawanan ini. Pada perlawanan kelima, tiada sebarang peluang diberikan kepada RNG selepas G2 Esports memenangi pertarungan besar di minit ke-14 perlawanan. RNG bagaikan berputus asa apabila mereka terus kehilangan objektif menyebabkan jurang antara kedua pasukan itu semakin membesar. Perlawanan akhirnya ditamatkan pada minit ke 38 dan RNG secara rasminya tersingkir dari kejohanan kali ini.