Artifact

Pelancaran Ujian Beta Permainan Artifact Ditunda Ke Bulan November

2 tahun lalu

Pelancaran Ujian Beta Permainan Artifact Ditunda Ke Bulan November

Valve sebelum ini telah mengumumkan bahawa permainan kad berasaskan Dota 2, Artifact akan memulakan ujian beta pada bulan Oktober ini. Bulan Oktober sudah pun menghampiri penamatnya namun tiada sebarang tanda memperlihatkan ia bakal bermula.

Kini, Wykrhm telah berkongsikan tarikh memperlihatkan ujian beta tersebut kini ditunda ke 19 November depan. Akibat daripada penangguhan ini, tempoh ujian beta tersebut hanya akan berlangsung selama 9 hari sahaja sebelum dilancarkan kepada umum pada 28 November. Artifact akan dilancarkan bagi tiga buah platform secara serentak iaitu Windows, Mac dan Linux.

Bagi versi Android dan iOS pula, sepertimana yang diumumkan sebelum ini, ia hanya akan tiba pada tahun 2019 kelak. Artifact akan dijual pada harga USD20 (~RM81.30) dan akan hadir dengan 280 buah kad dan 44 watak hero.

Sumber : Wykrhm

Sumber : Wykrhm

 

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments