CSGO

Kesemua Pemain OpTic India Dilepaskan Berikutan Kes Penggunaan Aplikasi Penipuan

3 tahun lalu

Kesemua Pemain OpTic India Dilepaskan Berikutan Kes Penggunaan Aplikasi Penipuan

OpTic Gaming kini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berikut kes pemain mereka ditangkap menggunakan aplikasi penipuan di kejohanan Zowie eXTREMESLAND 2018 Asia Finals.

[irp posts=”2197″ name=”Pemain CSGO OpTic India Ditangkap Menipu Di Kejohanan eXTREMESLAND 2018 Asia Finals”]

Kontrak Nikhil “forsaken” Kumawat yang ditangkap menipu ditamatkan serta merta dan baki pemain lainnya dilepaskan dari organisasi. Sama ada ini menjadi penamat bagi OpTic India secara keseluruhannya masih lagi belum didedahkan. Selain daripada penamatan kontrak ini, ESL India juga sedang menyiasat bagi menentukan posisi paskan tersebut di ESL Pro League Asia dan juga gelaran juara mereka bagi ESL India Primiership.

ESL India akan bekerjasama dengan ESIC dan akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi. Perkara ini mengecewakan ramai peminat terutamanya dari India. Organisasi e-sukan besar melabur di arena e-sukan negara tersebut merupakan perkara yang jarang berlaku dan insiden ini pastinya memberikan kesan negatif terhadap arena e-sukan di sana secara keseluruhannya.