Pemain CSGO OpTic India Ditangkap Menipu Di Kejohanan eXTREMESLAND 2018 Asia Finals

Pemain CSGO OpTic India Ditangkap Menipu Di Kejohanan eXTREMESLAND 2018 Asia Finals

Nikhil “forsaken” Kumawat, pemain bagi pasukan CSGO OpTic India telah ditangkap mengguunakan aplikasi penipuan semasa berlangsungnya perlawanan mereka di kejohanan Zowie eXTREMESLAND 2018 Asia Finals.

Pada perlawanan penyingkiran antara pasukan OpTic Gaming India dan Revolution, sistem pengesanan anti aplikasi penipuan “B5 platform anti-cheat” telah mengesan aktiviti mencurigakan pada komputer milik forsaken semasa berlangsungnya perlawanan kedua. Para admin di lokasi kemudiannya melakukan pemeriksaan di komputer beliau. Forsaken pada awalnya tidak memberikan kerjasama dan enggan untuk mendengar kata para admin.

Selepas dipaksa melakukan “alt-tab” untuk keluar dari permainan CSGO, beliau dengan pantas menutup sebuah aplikasi yang sedang berjalan di latar dan memadamnya. Pihak admin bagaimanapun berjaya memulihkan fail-fail yang dipadam namun tidak berpaya untuk menjalankan aplikasi tersebut semula. Namun begitu, mengikut pemeriksaan video dan fail-fail yang ditemui, ia adalah mencukupi untuk dijadikan bukti berlakuknya aktiviti penipuan.

Pasukan OpTic India seterusnya disingkirkan dari kejohanan dan akan dihantar pulang ke negara asal mereka. Pada ketika ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak OpTic Gaming mahupun forsaken sendiri. Forsaken sendiri sebenarnya telah terlibat dengan khabar angin menggunakan aplikasi penipuan bermula pada tahun 2016 yang lalu. Namun begitu, beliau tidak pernah ditangkap sehinggalah kini. OpTic India merupakan salah sebuah lokasi baharu di dalam pelebaran sayap organisasi e-sukan OpTic Gaming.  Ia antara lokasi pertama diumumkan iaitu pada bulan Jun yang lalu sebelum lokasi-lokasi lain seperti OpTic Mexico dan OpTic SEA diumumkan.

Baca Juga :   Team Dire Kini Adalah Optic Gaming

Sumber : HLTV / CSGO2ASIA

Leave a Comment

%d bloggers like this: