League of Legends

Keputusan Hari Terakhir Peringkat Kumpulan Dan Jadual Peringkat Kalah Mati

2 tahun lalu

Keputusan Hari Terakhir Peringkat Kumpulan Dan Jadual Peringkat Kalah Mati

Pasukan dari Eropah, Fnatic dan Invictus Gaming dari China menjadi dua pasukan terakhir melayakkan diri ke pusingan kalah mati kejohanan League of Legends World Championship 2018.

Kedua-dua mereka memperoleh kedudukan teratas di kumpulan D dengan rekod 5-1. Fnatic bagaimanapun akan mara sebagai pasukan di kedudukan pertama kumpulan tersebut selepas menewaskan Invictus Gaming pada perlawanan penentuan. Dua pasukan yang tersingkir pula adalah 100 Thieves dan G-Rex.

Keputusan Akhir Kumpulan D – Sumber : Gamepedia

Selepas tamatnya peringkat kumpulan tersebut, undian bagi perlawanan kalah mati telah diadakan. Perlawanan pertama peringkat suku akhir akan bermula pada pukul 12 petang waktu Malaysia 20 Okotber ini dengan perlawanan diantara pasukan KT Rolster dan Invictus Gaming. Berikut merupakan senarai pasukan dan lawan masing-masing untuk peringkat suku akhir tersebut. Jadual lengkap beserta masa perlawanan boleh dilihat di laman ini.

Jadual Pusingan Kalah Mati - Sumber : Gamepedia
Jadual Pusingan Kalah Mati – Sumber : Gamepedia
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments