League of Legends

Team Liquid Tersingkir, KT Rolster Mara – Keputusan Peringkat Kumpulan Setakat Hari Ke-7

2 tahun lalu

Team Liquid Tersingkir, KT Rolster Mara – Keputusan Peringkat Kumpulan Setakat Hari Ke-7

Peringkat kumpulan kejohanan LoL World Championship kini berbaki hanya satu hari sahaja lagi dan empat lagi pasukan telah mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati setakat ini.

Perlawanan bagi kumpulan A dan C kini telah selesai dan nasib bagi lapan pasukan di kedua-dua kumpulan itu telah pun diketahui. Di kumpulan A, pasukan Afreeca Freecs dan G2 Esports mara ke pusingan kalah mati manakala pasukan Flash Wolves dan Phong VÅ© Buffalo tersingkir. Afreeca Freecs akan mara sebagai pasukan di kedudukan pertama kumpulan selepas mengakhiri peringkat ini dengan keputusan 4 kemenangan dari 6 perlawanan yang dimainkan.

Sementara itu, Team Liquid menjadi pasukan Amerika Utara pertama tersingkir dari kejohanan selepas gagal menyerlah di kumpulan C. Mereka hanya memenangi separuh daripada perlawanan yang dimainkan dan tersingkir bersama-sama dnegan pasukan Mad Team yang gagal memenangi walau satu perlawanan. Wakil Korea Selatan, KT Rolster mempamerkan prestasi cemerlang dengan mengakhiri peringkat kumpulan mereka dengan 5 kemenangan. Edward Gaming juga mara ke pusingan kalah mati sebagai pasukan di tempat kedua dengan keputusan 4-2.

Kini tinggal hanya nasib bagi pasukan di kumpulan D yang dibarisi oleh pasukan Fnatic, Invictus Gaming, 100 Thieves dan G-rex.

Keputusan Peringkat Kumpulan (A/C) - Sumber : Gamepedia
Keputusan Peringkat Kumpulan (A/C) – Sumber : Gamepedia
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments