CSGO

Skadoodle Berehat Dari Dunia Kompetitif CSGO

2 tahun lalu

Skadoodle Berehat Dari Dunia Kompetitif CSGO

Pemain bagi pasukan CSGO Cloud9, Tyler “Skadoodle” Latham telah disahkan akan berehat dari dunia kompetitif permainan itu menerusi pengumuman di laman web rasmi organisasi itu.

Namun begitu, beliau hanya akan berhenti bermain selepas penganti beliau di pasukan itu ditemui. Skadoodle menyertai Cloud9 pada tahun 2015 kekal menjadi salah satu pemain utama pasukan it sehingga kini. Bersama Cloud9 beliau telah memperoleh beberapa kejayaan seperti menjuarai ESL Pro League Season 4 – Finals, DreamHack Open Denver 2017, iBUYPOWER Masters 2017 dan ELEAGUE Major: Boston 2018.

Walaupun ini bukan persaraan penuh, beliau dilihat telah mulai melakukan penstriman di laman Twitch. Tidak mustahil bagi beliau mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukan beliau di Cloud9, Shroud yang bersara dan menjadi penstrim video sepenuh masa.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments