Liga Overwatch Overwatch Overwatch Contenders

Juara Overwatch Contenders Korea Selatan, RunAway Ditandatangani Pasukan Liga Overwatch

3 tahun lalu

Juara Overwatch Contenders Korea Selatan, RunAway Ditandatangani Pasukan Liga Overwatch

Kesemua pemain bagi pasukan Overwatch RunAway dilaporkan telah ditandatangani oleh pasukan Liga Overwatch untuk musim kedua kelak. Perkara ini disahkan oleh pengurus pasukan itu,  Ah “Flowervin” Lee Hyun ketika melakukan penstriman di laman Twitch beliau.

[irp posts=”2148″ name=”Pasukan Liga Overwatch Vancouver Umum Kerjasama Dengan Organisasi E-sukan Luminosity”]

RunAway merupakan salah sebuah pasukan Overwatch terbaik di Korea Selatan. Bermain di liga Overwatch Contenders, pasukan itu memperoleh tempat ketiga di Overwatch Contenders 2018 Korea Selatan musim pertama dan menjuarai musim kedua yang berakhir pada bulan Ogos lalu. Pasukan yang akan disertai oleh para pemain ini bagaimanapun masih belum didedahkan kepada umum.

Walaupun kesemua pemain ini akan berpindah ke Liga Overwatch, RunAway akan kekal bertanding di liga Overwatch Contenders Korea Selatan untuk musim ketiga dengan barisan pemain baharu.

Bagi anda yang kurang mengenali, liga Overwatch Contenders merupakan sebuah lagi rasmi dari Blizzard bertujuan menjadi platform mencari bakat-bakat untuk diserapkan ke Liga Overwatch. Bermula  pada tahun 2018, ia dianjurkan di tujuh rantau utama iaitu Amerika Utara, Amerika Selatan, Australia, China, Eropah, Korea Selatan dan Pasifik. Dengan penambahan 8 pasukan baharu di Liga Overwatch musim kedua, Overwatch Contenders sudah pasti menjadi pasar popular untuk mencari pemain berbakat.

Liga Overwatch musim kedua akan disertai oleh lapan pasukan baharu iaitu Atlanta, Chengdu, Hangzhou, Guangzhou, Paris, Toronto, Vancouver, dan Washington, D.C. Musim kedua liga ini akan bermula secara rasmi pada 14 Februari 2019 kelak.

Sumber : DotEsports