FIFA 19

ESGN Memperkenalkan Divisyen Baharu Untuk Malaysia Virtual Football League (MVFL)

2 tahun lalu

ESGN Memperkenalkan Divisyen Baharu Untuk Malaysia Virtual Football League (MVFL)

Musim pertama MVFL Premier League telah pun berakhir pada bulan September yang lalu dengan pasukan PSHM United merangkul gelaran juara. Esports Gaming Network Group (ESGN) selaku penganjur kini telah mengumumkan mengenai penganjuran musim kedua liga ini berserta dengan penubuhan divisyen baharu iaitu MVFL Championship League.

Keputusan MVFL Premier League Musim Pertama
Keputusan MVFL Premier League Musim Pertama – Sumber Gambar : ESGN

ESGN turut sama memperkenalkan rekaan logo baharu bagi kedua-dua liga. MVFL Premier League akan bermula pada 2 November kelak mempertandingkan pasukan-pasukan FIFA19 profesional negara. Antara pasukan yang akan bertanding pada musim kali ini adalah Elite MY, EXKAL FC, KL Dortmund VFC, Improckers MY dan banyak lagi. Bagi musim kedua ini, hadiah keseluruhan berjumlah RM2,000 ditawarkan.

Untuk MVFL Championship League pula, berbeza dengan Premier League yang memerlukan 11 orang pemain, liga ini hanya memerlukan minimum 7 orang pemain bagi setiap perlawanan. Divisyen baharu ini juga akan bermula pada 2 November kelak dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM1,000. Antara pasukan yang akan menyertainya adalah AntzGaming VFC, Hebat United, Boja VFC, Temasek Rangers VFC dan banyak lagi.

Bagi anda yang tidak mengenali ESGN, ia merupakan platform e-sukan tempatan baharu yang memfokuskan kepada penganjurkan liga e-sukan tempatan dengan lebih profesional. Selain daripada MVFL Premier League musim pertama, mereka juga telah menganjurkan kejohanan Call of Duty Challenger Series dan juga MVFL Cup. Semasa pelancaran platform tempoh hari, mereka juga menyatakan hasrat untuk meluaskan lagi liga e-sukan ini melalui permainan lain seperti Tekken 7, PES, Mobile Legends Bang Bang, Arms, Mario Kart dan Splatoon pada masa akan datang.

Layari : ESGN.ASIA

 

*Kemaskini 22 Oktober – Jumlah hadiah telah meningkat (MVFL Premier RM2,000 kepada RM3,400, MVFL Championship RM1,000 kepada RM2,000).

 

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments