The Kuala Lumpur Major Akan Menyertakan Pertandingan Kosplay Dengan Hadiah Sebesar RM30,000
Astro EGG Network dan Tamago telah bekerjasama untuk menganjurkan sebuah pertandingan kosplay bersempena dengan kejohanan Dota 2 The Kuala Lumpur Major.
Selari dengan kejohanan terbesar Dota 2 yang pernah dianjurkan di Malaysia, pertandingan ini juga akan turut sama menawarkan hadiah lumayan iaitu sebesar RM30,000. Para peserta yang layak juga diberikan tiket percuma untuk menghadiri ketiga-tiga hari acara utama kejohanan. Berikut adalah pembahagian hadiah pertandingan:
- Juara : RM10,000
- Kedua : RM6,000
- Ketiga : RM4,000
- Keempat : RM3,000
- Kelima : RM2,000
- Ke 6 – 10 : RM1000

Layari : Laman Pendaftaran Pertandingan Kosplay The Kuala Lumpur Major