Dota 2

WarriorsGaming.Unity Kembali – Umum Barisan Pemain Baharu Untuk Dota 2

3 tahun lalu

WarriorsGaming.Unity Kembali – Umum Barisan Pemain Baharu Untuk Dota 2

Bagi yang mengikuti arena kompetitif Dota 2 tempatan, nama WarriorGaming.Unity pasti sudah tidak asing lagi. Beberapa nama besar di negara ini seperi xNova, Ahfu dan Moon (NaNa) merupakan bekas pemain pasukan ini. Musim lalu organisasi ini gagal memperoleh tempat di mana-mana kejohanan besar selepas acap kali bertukar pemain.

Namun begitu nampaknya mereka kini kembali dan kali ini mempertaruhkan nama-nama baharu sepenuhnya dari Malaysia untuk bermain di bawah nama WGU. Berikut adalah senarai pemain tersebut:

  1. Yeong “Mercury” Shi Jie
  2. Cheng “NothingToSay” Jin Xiang
  3. Cheng “czy” Zhi Ying
  4. Tan “TrazaM” Kai Soon
  5. Lee “ppx” Vei Siang – Kapten

Beberapa pemain ini merupakan bekas pemain pasukan 818 Esports yang aktif menyertai kejohanan-kejohanan tempatan. Namun begitu, mereka masih tidak berjaya memecah tembok untuk menyertai kejohanan peringkat yang lebih tinggi. Dengan menyertai WG.Unity ini, diharapkan mereka akan mempamerkan prestasi yang cemerlang dan mampu menandingi pasukan-pasukan lain di Malaysia seperti Mineski, Fnatic dan Tigers.