League of Legends

Ujian Terbuka Mod Permainan Clash Akan Dilakukan 17 Oktober Ini

2 tahun lalu

Ujian Terbuka Mod Permainan Clash Akan Dilakukan 17 Oktober Ini

Pada bulan Mei lalu, League of Legends telah memperkenalkan mod permainan Clash, sebuah mod permainan kompetitif berasaskan kejohanan secara dalam talian dimana pemain boleh mencipta pasukan berlima bagi bertarung selama tiga hari untuk memperoleh pelbagai hadiah menarik.

Namun begitu, pelbagai masalah hadir sebaik sahaja ia dilancarkan sehingga memaksa mod permainan tersebut ditarik semula. Semenjak dari itu, usaha memperbaiki mod permainan itu telah dilakukan dan beberapa ujian telah diadakan di pelayan PBE League of Legends. Mod permainan ini nampaknya semakin hampir untuk dilancarkan semula kepada semua apabila ujian di pelayan umum akan diadakan.

[irp posts=”2117″ name=”Garena Umum Perubahan Struktur Harga Bagi League of Legends Bermula 8 November Ini”]

Ujian selama sehari ini akan berlangsung pada 17 Oktober ini dan pasukan boleh dicipta bermula pada 15 Oktober. Tiket percuma diberikan kepada semua pemain namun untuk menyertainya, pemain harus mempunyai ranking dan Honor sekurang-kurangnya di tahap 2. Semua pemain yang menyertai ujian ini  akan menerima Victory Point, Clash Orb, panji dan ikon khas Clash Beta. Jika tiada masalah besar dihadapi, mod permainan ini pasti akan dilancarkan semula secara rasminya tidak lama lagi.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments