League of Legends

Juara Bertahan Gen.G Tersingkir Di Peringkat Kumpulan Kejohanan Worlds 2018

3 tahun lalu

Juara Bertahan Gen.G Tersingkir Di Peringkat Kumpulan Kejohanan Worlds 2018

Tahun lalu pasukan Samsung Galaxy menjulang gelaran juara kejohanan World Championship 2017 dihadapan ribuan peminat di Stadium Kebangsaan Beijing menewaskan pasukan SK Telecom T1. Mereka kembali tahun ini dibawah nama Gen.G untuk mempertahankan kejuaraan di hadapan peminat mereka sendiri di Korea Selatan.

Namun begitu, impian tersebut berkecai apabila mereka tersingkir di peringkat kumpulan selepas memperoleh kedudukan terburuk di kumpulan B. Berhadapan dengan pasukan seperti Cloud9, Royal Never Give Up dan Team Vitality, Gen.G bagaikan hilang akal apabila hanya mampu memperoleh satu kemenangan dari enam perlawanan yang dimainkan mereka.

Pada hari pertama peringkat kumpulan, Gen.G tewas kepada pasukan Vitality. HAri kedua tidak bertambah baik apabila mereka tewas pula kepada pasukan Royal Never Give Up. Cloud9 kemudiannya memberikan mereka harapan dengan memberikan Gen.G kemenangan pertama di peringkat kumpulan. Namun kemenangan tersebut menjadi yang terakhir pasukan itu musim ini apabila pada hari kelima, mereka tewas ketiga-tiga perlawanan yang dimainkan iaitu perlawanan kedua menentang Cloud9, Vitality dan Royal Never Give Up.

Keputusan penuh kumpulan B - Sumber : Gamepedia
Keputusan penuh kumpulan B – Sumber : Gamepedia

Ini menyebabkan Gen.G menjadi pasukan pertama tersingkir di peringkat kumpulan bersama-sama dengan pasukan Vitality yang mengakhiri perjalanan mereka dengan keputusan 3 kemenangan dan 3 kekalahan. Sementara itu, pasukan Cloud9 dan Royal Never Give Up pula menjadi dua pasukan pertama mara ke pusingan main habis. RNG memperoleh kedudukan pertama kumpulan B selepas menewaskan Cloud9 di perlawanan penentuan.

Peringkat kumpulan kejohanan LoL World Championship 2018 masih berbaki tiga hari bagi menentukan nasib pasukan-pasukan di tiga lagi kumpulan.