League of Legends

Garena Umum Perubahan Struktur Harga Bagi League of Legends Bermula 8 November Ini

3 tahun lalu

Garena Umum Perubahan Struktur Harga Bagi League of Legends Bermula 8 November Ini

Bagi membakukan sistem harga kandungan yang ditawarkan di dalam permainan League of Legends, Garena selaku pengendali permainan tersebut untuk pelayan Malaysia dan Singpura telah mengumumkan bahawa struktur harga mereka akan berubah untuk mengikuti struktur harga rantau-rantau lainnya.

Perubahan struktur harga ini akan berkuatkuasa bermula pada 8 November kelak. Perubahan ini juga akan meliputi kepada nilai kejarangan item. Pertukaran Garena Shells kepada RP akan diskalakan agar harga kandungan tidak meningkat naik.  Nilai RP dan Orange Essence juga akan diskalakan untuk membolehkan jumlah item yang sama boleh dibeli sama seperti pada harga sedia ada.

Bagi nilai kejarangan(rarity) pula, kandungan yang akan berubah tahap akan menerima perubahan harga, sama ada sedikit meningkat mahupun menurun, namun ini tidak akan mempengaruhi kebanyakkan item. Nilai RP dan Orange Essence sedia ada di akaun pemain akan didarapkan kepada 2.75 pada 8 November selari dengan struktur harga baharu. Berikut adalah contoh perubahan harga pada Masterwork Chest dimana harganya meningkat dari 60RP kepada 165RP. Namun begitu, kerana nilai Shells diskalakan, ia masih mempunyai kuasa membeli yang sama iaitu hanya memerlukan 60 Orange Shells.

Berikut pula adalah contoh bagi item yang bertukar tahap kejarangan, Astronaut Teemo yang bertukar dari kostum Lagenda kepada kostum Epic. Walaupun harganya meningkat, oleh sebab penskalaan struktur harga, nilai sebenar yang perlu dibayar adalah lebih rendah dari sebelumnya.

Bagi kostum yang tidak lagi akan berada di bawah tahap Limited/Reward, pemain akan diberikan imbuhan khas sebagai gantinya dalam bentuk gemstone. Senarai penuh perubahan nilai RP, Shells dan tahap kejarangan kostum ini boleh dilihat di laman khas yang disediakan oleh Garena di sini.