Mobile Legends

Pasukan Singapura Tewaskan Malaysia Di Perlawanan All-Star MPL MY/SG Musim Ke-2

2 tahun lalu

Pasukan Singapura Tewaskan Malaysia Di Perlawanan All-Star MPL MY/SG Musim Ke-2

Lewat petang tadi telah berlangsungnya perlawanan All-Star bagi Mobile Legends Bang Bang : Profesional League MY/SG untuk musim kedua antara pasukan Singapura dan Malaysia.

Kedua-dua pasukan diwakili oleh pemain yang dipilih menerusi undian para peminat. Pasukan Malaysia dibarisi oleh Ahmad Fuad “Fredo” Razali (Airasia Saiyan), Mohd Amir Afdhal “Syno” Ruzlan (GeekFam Icon), Sofian “Penjahat” Sultan (AirAsia Saiyan), Amirul Shafiq Bin Mohd Amir (GeekFam Mystic Burden), Mohd Faris “Soloz” Zakaria (AirAsia Saiyan) manakla pasukan Singapura dibarisi oleh Boon Wei Xing “Oh Dear Bambi” Robert (Evos Esports SG), Lim “Ly4ly4ly4” Yang (Bigetron SG), Chong Ru “Soul” Chyi (Evos Esports SG), Ong Wei “Aeon” Sheng (Flash Tyrants), Ng Shao “Kolia” Ming (Evos Esports SG).

Siri ini dimainkan di dalam format terbaik dari tiga perlawanan. Bagi perlawanan pertama, pasukan Malaysia bermula dengan baik selepas memperoleh first blood dan mendahului 10-6 selepas 10 minit perlawanan berlangsung. Namn sinergi pasukan Singapura adalah lebih baik dan ini menyebabkan mereka mempamerkan pertarungan kumpulan yang lebih cemerlang, membunuh kesemua pemain Malaysia dan menewaskan pasukan Malaysia dengan keputusan 12-12.

Graf Mata Pengalaman Perlawanan Pertama
Graf Mata Pengalaman Perlawanan Pertama

Pasukan Malaysia sekali lagi mempamerkan permainan yang aktif di permulaan permainan kedua dengan melakukan serangan yang bertubi-tubi kepada pasukan Singapura. Namun, tidak seperti perlawanan pertama, pasukan Singapura lebih bersedia kali ini dan sentiasa mengejar dengan rapat. Singapura terus mempamerkan prestasi cemerlang dan menguasai peta permainan sepenuhnya. Selepas terpaksa bermain di pengkalan mereka untuk beberapa minit, pasukan Malaysia cuba bangkit dengan membunuh tiga pemain pasukan Singapura dan kemudiannya memenangi beberapa pertarungan kumpulan seterusnya namun gagal memecah masuk pengkalan pasukan Singapura.

Usaha mereka sentiasa digagalkan dan akhirnya pasukan Singapura berjaya mencuri peluang untuk membunuh beberapa pemain pasukan Malaysia dan menggunakan kekurangan pemain ini untuk menghancurkan Inhibitor pasukan Malaysia. Dengan itu, pasukan Singapura memenangi perlawanan All-star ini dengan keputusan bersih 2-0. Bagi anda yang mahu menonton kedua-dua siri perlawanan tersebut, ia boleh dilihat di video di bawah ini.

The chosen ones are gathering, eager to fight for fame and their country's glory.🇲🇾️All Star Match️🇸🇬🐯 vs 🦁🏁Start 13/10 6pm[+8 GMT]⚠️Catch our Playoffs at Paradigm Mall Petaling Jaya, Level UG main concourse, on 19 – 21 October!⚠️For more information, check outhttp://mysg.mpl.mobilelegends.com/ #MPLS2 #MobileEsports #TheRiseOfLegends #MPLMYSG #MPLALLSTAR #Malaysia #Singapore

Posted by Mobile Legends: Bang Bang on Sabtu, 13 Oktober 2018
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments