Dota 2

Team Liquid Undur Diri Dari Kejohanan DreamLeague Minor – Berpisah Dengan Jurulatih, Heen

2 tahun lalu

Team Liquid Undur Diri Dari Kejohanan DreamLeague Minor – Berpisah Dengan Jurulatih, Heen

Para peminat nampaknya tidak akan melihat kelibat Team Liquid di dua kejohanan pertama Dota 2 Pro Circuit musim ini. Selepas gagal melayakkan diri ke kejohanan The Kuala Lumpur Major, pasukan itu terpaksa memilih jalan jauh ke Kuala Lumpur dengan melayakkan diri ke kejohanan Minor, DreamLeague Musim Ke-10.

Namun nasib tidak menyebelahi pasukan ini apabila kini mereka juga terpaksa mengundur diri dari kejohanan minor itu selepas terlibat dengan masalah kesihatan. Pengumuman yang dilakukan di laman Twitter rasmi pasukan itu bagaimanapun tidak memberikan perincian penuh mengenai perkara tersebut.

Oleh kerana itu, posisi pasukan itu akan diganti oleh Team Lithium yang dibarisi oleh Madara, MagE-, Khezu, Maybe Next Time dan Peksu. Kejohanan yang akan berlangsung di Sweden itu akan bermula pada 29 Oktober ini dan menawarkan hadiah sebesar USD300,000. Juara kejohanan ini akan memperoleh slot terakhir untuk menyertai kejohanan The Kuala Lumpur Major.

Sementara itu, jurulatih Team Liquid, Lee “Heen” Seung Gon dilaporkan telah berpisah dengan pasukan itu. Esport Heaven melaporkan bahawa komitmen Heen kepada program khidmat negara di Korea Selatan memaksa beliau meninggalkan jawatan beliau itu. Pencapai terbaik beliau bersama dengan Team Liquid adalah dengan memenangi kejohanan The International 2017 yang lalu.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments