Dota 2

Kenali Dota 2 – Bahagian 2 : Arena Pertempuran

3 tahun lalu

Kenali Dota 2 – Bahagian 2 : Arena Pertempuran

Artikel ini adalah termasuk di bawah siri Kenali Dota 2.


Peta mini arena Dota 2 versi 7.20

Permainan Dota 2 dimainkan di dalam sebuah arena pertempuran yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Radiant dan Dire. Pasukan akan memilih untuk mewakili salah satu daripada bahagian ini dan memusnahkan pengkalan pihak lawan bagi memenangi perlawanan. Di dalam arena ini, Radiant akan menduduki bahagian bawah arena pertempuran yang lebih cerah manakala pihak Dire menduduki bahagian atas arena yang lebih malap dan gelap.

Dibahagian paling penjuru kedua arena ini terletaknya pengkalan setiap pasukan yang digelar  sebagai Ancient. Memusnahkan Ancient lawan adalah matlamat utama permainan ini.

Berbeza dengan permainan League of Legends, arena pertempuran Dota 2 adalah lebih rumit dan mempunyai elemen tersendiri seperti ketinggian sesuatu kawasan yang berbeza dan pokok-pokok berbanding dengan elemen semak dan kawasan rata pada arena pertempuran League of Legends.

Oleh sebab itu, kawsan yang mempunyai ketinggian berbeza ini turut mempengaruhi jarak penglihatan dan bayang-bayang di arena. Pemain di kawasan yang lebih rendah tidak boleh melihat kepada kawasan yang lebih tinggi kecuali mempunyai rakan, creep atau ward di kawasan tersebut.  Pokok-pokok juga adalah elemen unik tersendiri dimana setiap pokok adalah elemen tunggal tidak boleh dilepasi (kecuali abiliti tertentu yang melangkaui had ini) dan harus berjalan mengikut simpang siur kedudukan pokok-pokok tersebut. Ini juga menyebabkan elemen juking untuk melepasi medan penglihatan pihak lawan lebih nyata di permainan Dota 2.

Sungai

Arena pertempuran permainan ini dibagikan oleh sebuah sungai ditengah tengah peta. Di dalam sungai ini, terdapat dua lokasi dimana munculnya runes dan juga merupakan lokasi dimana terletaknya Roshan.

Lorong

Seperti permainan bergenre Moba lainnya, Dota 2 mempunyai tiga lorong yang menjadi kawasan pertempuran utama iaitu lorong tengah, lorong atas dan lorong bawah. Setiap lorong ini adalah laluan utama menuju ke Ancient pihak lawan. Pada awal permainan, pemain akan menumpukan permainan pada kawasan lorong ini bagi mencari kelebihan dan memusnahkan menara lawan. Perkara ini digelar sebagai fasa lorong (laning phase). Jika pemain mendahului lawan pada fasa ini, usaha untuk merobohkan menara lawan menjadi lebih mudah. Dengan ketiadaan menara, lawan akan kehilangan kawalan di kawasan tersebut.

Peta Memperlihatkan Kawasan Radiant dan Dire

Lorong bawah di bahagian Radiant dan lorong atas di bahagian Dire digelar sebagai lorong selamat (safe lane) kerana creeps akan bertemu lebih dekat dengan menara sekaligus membekalkan keselamatan tambahan kepada hero daripada hero musuh.

Menara

Ia merupakan banggunan yang berfungsi untuk mempertahankan lorong daripada musuh. Ia mempunyai fungsi True Sight yang membolehkan musuh halimunan berhampiran dilihat pada radius tertentu. Menara juga mempunyai mekanik tersendiri yang menentukan serangan kepada unit musuh yang berada di dalam radius mereka.

Berikut adalah keutamaan serangan mereka pada unit musuh dan susunan menaik :

  1. Unit musuh terdekat, atau hero musuh yang menyerang hero rakan dengan serangan automatik (serangan biasa/klik kanan).
  2. Unit musuh terdekat atau hero musuh yang menyerang menara dengan serangan automatik.
  3. Unit musuh terdekat atau hero musuh yang menyerang unit rakan dengan serangan automatik.
  4. Unit musuh terdekat.
  5. Hero musuh terdekat.
  6. Penarbit musuh terdekat.

Keutamaan serangan ini hanya akan bertukar sekiranya:

  1. Unit atau hero musuh mati.
  2. Unit atau hero musuh menyerang hero rakan.
  3. Jika hero musuh yang sedang diserang menara, secara manual menyerang unit mereka sendiri atau hero musuh lainnya (rakan mereka). Menara akan memilih sasaran baharu mengikut keutamaan asal.
  4. Unit dan hero musuh keluar dari radius serangan.

Hutan

Hutan merujuk kepada kawasan berhutan diantara setiap lorong. Kawasan hutan mengandungi beberapa lokasi creep natural yang Boleh dibunuh untuk emas dan XP tambahan. Ia juga mengandungi lokasi dimana munculnya Bounty Runes.

Bangunan

Selain menara, terdapat beberapa jenis banggunan di dalam permainan Dota 2. Banggunan boleh dimusnahkan untuk emas dan XP tambahan. Pemain juga boleh melakukan teleportasi pada banggunan sendiri menggunakan Town Portal Scroll atau Boots of Travel. Untuk memusnahkan Ancient, setiap menara dan harus dimusnahkan mengikut urutan luaran ke dalam (Baris 1 sehingga 4).

Shrine

Shrine merupakan sebuah banggunan yang boleh diaktifkan untuk memberikan aura pemulihan untuk 5 saat. Ia mempunyai masa pengaktifan semula sepanjang lima minit. Terdapat beberapa lokasi shrine didalam peta. Shrine hanya boleh dimusnahkan setelah menara baris ketiga dimusnahkan terlebih dahulu.

Berek (Barracks)

Setiap pengkalan mempunyai tiga pasang berek yang terletak dibelakang menara baris ketiga. Satu berek adalah untuk creep melee dan satu lagi adalah untuk creep jenis serangan jarak jauh. Jika berek anda dimusnahkan, creep pihak musuh akan menjadi lebih kuat mengikut jenis berek yang dimusnahkan. Jika ke semua berek anda dimusnahkan, creep musuh akan bertambah kuat dan digelar sebagai Mega Creep.

Kedai

Terdapat tiga jenis kedai didalam peta permainan ini iaitu kedai di pengkalan (Base Shop), kedai rahsia (Secret Shop) dan kedai lorong tepi (Side Shop @ Side Lane Shop).

Base Shop – Terletak di kawasan fountain, pemain boleh membeli kesemua item asas dan resepi.
Secret Shop – Terletak dikawasan hutan, ia menjual item tambahan dan kebanyakan item yang diperlukan pada lewat permainan.
Side Shop – Terletak di lorong selamat (safe lane) kedua dua bahagian, menjual beberapa item asas yang selalunya digunakan semasa fasa lorong.

Runes

Runes merupakan item tambahan yang menawarkan kuasa tambahan atau abiliti khas kepada hero. Runes akan muncul dibeberapa lokasi didalam peta. Pada permulaan permainan dan sepanjang permainan berlangsung, Bounty Runes akan muncul di empat lokasi di kawasan hutan kedua dua pihak. Selepas minit kedua dan seterusnya, dua runes (enam jenis) akan muncul di sungai.

Jenis jenis runes adalah seperti berikut :

Bounty Runes – Memberikan emas dan pengalaman (XP) tambahan kepada ahli pasukan. (Muncul hanya di kawasan hutan)
Double Damage Runes – Memberikan 100% kuasa serangan asas sebagai kuasa serangan tambahan.
Illusion Runes – Mewujudkan dua hero ilusi tambahan.
Invisibility Runes – Menyebabkan hero menjadi halimunan untuk 45 saat.
Regenaration Runes – Memenuhkan kembali nyawa dan mana. Namun proses pemulihan berhenti jika menerima serangan daripada hero musuh.
Haste Runes – Memberikan kelajuan pergerakan maksimum dan imuniti kepada kuasa permerlahakan daripada musuh.
Arcane Runes – Menyebabkan kesemua masa pengaktifan semula (cooldowns) dikurangkan sebanyak 30% dan kos ‘mana’ dikurangkan sebanyak 40%.