Liga Overwatch Musim Kedua Akan Bermula Pada 14 Februari

Liga Overwatch Musim Kedua Akan Bermula Pada 14 Februari

Liga Overwatch hari ini telah berkongsikan beberapa perincian mengenai musim kedua liga tersebut.

Dengan penambahan 8 pasukan baharu di Liga Overwatch iaitu Atlanta, Paris, Toronto, Washington DC, Chengdu, Guangzhou, Hangzhou dan Vancouver, jumlah perlawanan kini berkurangan dimana setiap pasukan hanya akan bertarung sebanyak 28 perlawanan sepanjang musim.

Berbeza dengan laporan awal tempoh hari, jumlah peringkat masih kekal kepada 4 bahagian. Pengurangan perlawanan ini juga membantu mencipta jadual yang lebih fleksible kepada para pemain. Bagi peringkat akhir pula, ia kini  melibatkan 8 buah pasukan dengan  dua daripada lapan pasukan ini akan diisi oleh pendahulu bagi setiap divisyen. Baki empat pasukan akan dipilih berdasaran rekod penuh musim tanpa mengira divisyen.

Baca Juga :   Pasukan Liga Overwatch Vancouver Umum Kerjasama Dengan Organisasi E-sukan Luminosity

Dua lagi pasukan pula akan melayakkan diri ke peringkat akhir (pasca musim) melalui pusingan play-in. Pusingan play-in ini akan mempertandingkan pasukan di kedudukan ke-7 sehingga 12 liga dalam perlawanan kalah-mati bagi menentukan pemilik dua slot tersebut. Acara khas perlawanan All-star pula akan berpindah ke pertengahan musim diantara peringkat kedua dan ketiga.

Maklumat lanjut mengenai perincian Liga Overwatch musim kedua akan diumumkan pada bulanbulan mendatang.

Leave a Comment