Dua Peta Baharu Untuk Permainan Kasual Hadir Pada Kemaskini Terbaru CSGO

Dua Peta Baharu Untuk Permainan Kasual Hadir Pada Kemaskini Terbaru CSGO

Pada kemaskini terbaru Counter Strike : Global Offensive semalam, dua peta baharu telah ditambah masuk ke dalam kumpulan peta Casual Sigma iaitu peta Biome dan Subzero. Peta Austria yang pula telah ditambah masuk ke dalam kumpulan peta Casual Delta dan kini boleh dimainkan pada mod perlawanan  kompetitif.

Dengan penambahan peta itu, peta Canal pula dikeluarkan dari mod kompetitif. Akhir sekali, dua peta kini disingkirkan iaitu peta Shipped dan Insertion. Selain daripada perubahan peta, kemaskini ini turut membawakan perubahan ekonomi pada permainan kompetitif. Pasukan kini akan bermula dengan satu pusingan ‘losing streak’ yang akan di set semula jika memenangi pusingan. Jika sebelum ini $1400, pasukan yang tewas pada pusingan pertama akan menerima $1900 dan $2400 bagi pusingan kalah seterusnya.

Baca Juga :   CS:GO Asia Championships (CAC 2018) Diumumkan - Tawar Hadiah Lebih RM1 Juta

Perubahan ekonomi ini adalah bagi mengurangkan impak kekalahan pusingan pistol pada pusingan-pusingan seterusnya.

Baca : Nota kemaskini CSGO 10/9/2018

Leave a Comment