Dendi Ganti Midone Di Team Secret Untuk Kejohanan Maincast Autumn Brawl

Dendi Ganti Midone Di Team Secret Untuk Kejohanan Maincast Autumn Brawl

Selepas menjuarai kejohanan PVP Esports Chmapionship tempoh hari, terlanjur berada di Singapura, pemain posisi mid bagi Team Secret, Yeik “MidOne” Nai Zheng mengambil keputusan untuk bercuti dan pulang ke Malaysia.

Oleh sebab itu, pasukan tersebut kehilangan pemain bagi menyertai kejohanan Maincast Autumn Brawl. Bagi mengisi kekosongan sementara ini, kapten pasukan Secret, Puppey telah menjemput bekas rakan sepasukan beliau iaitu Danil “Dendi” Ishutin untuk bermain di posisi mid bagi pasukan Secret di kejohanan tersebut.

Dendi dan Puppey pernah bermain bersama-sama di dalam pasukan Natus Vincere suatu ketika dahulu. Oleh kerana Dendi pada ketika ini tidak bermain bagi mana-mana pasukan, kehadiran beliau pada kejohanan ini pasti mengujakan para peminat. Maincast Autumn Brawl merupakan sebuah kejohanan yang mempertandingkan 20 pasukan dari Eropah dan CIS.

Baca Juga :   NaVi Pasukan Terakhir Dijemput Ke Epicenter

Banyak pasukan-pasukan ternama di kedua rantau tersebut menyertai kejohanan ini termasuklah Virtus.Pro, Ninjas in Pyjamas, NaVi dan Gambit Esports. Ia menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD80,000.

Leave a Comment