Senarai Pemain Perlawanan All-star Untuk MPL MY/SG Musim Kedua Diumumkan
Selepas mengumumkan pemain paling berharga liga tempoh hari, MPL MY/SG Musim Kedua kini telah mendedahkan senarai pemain yang akan menyertai perlawanan All-star antara pasukan Malaysia menentang Singapura yang akan berlangsung Sabtu ini.
Seperti mana pemilihan pemain paling berharga, senarai pemain perlawanan All-star ini turut sama ditentukan menerusi undian para peminat. Undian dilakukan selepas tamatnya musim tetap liga tempoh hari dan berikut adalah senarai pemain yang terpilih tersebut:
Pasukan Malaysia
- Ahmad Fuad “Fredo” Razali (Airasia Saiyan)
- Mohd Amir Afdhal “Syno” Ruzlan (GeekFam Icon)
- Sofian “Penjahat” Sultan (AirAsia Saiyan)
- Amirul Shafiq Bin Mohd Amir (GeekFam Mystic Burden)
- Mohd Faris “Soloz” Zakaria (AirAsia Saiyan)
Pasukan Singapura
- Boon Wei Xing “Oh Dear Bambi” Robert (Evos Esports SG)
- Lim “Ly4ly4ly4” Yang (Bigetron SG)
- Chong Ru “Soul” Chyi (Evos Esports SG)
- Ong Wei “Aeon” Sheng (Flash Tyrants)
- Ng Shao “Kolia” Ming (Evos Esports SG)
Perlawanan antara kedua pasukan ini akan berlangsung pada 13 Oktober ini bermula pada pukul 6 petang waktu Malaysia. Liga MPL MY/SG pula akan bersambung dengan pusingan main habis pada 19 Oktober untuk menentukan juara keseluruhan liga bagi musim ini.
