Pasukan Baharu Liga Overwatch Musim Kedua, Hangzhou Memilih Nama Railgun

Pasukan Baharu Liga Overwatch Musim Kedua, Hangzhou Memilih Nama Railgun

Salah satu pasukan baharu untuk musim kedua Liga Overwatch didapati telah mempunyai nama rasmi mereka. Pasukan dari China, Hangzhou didedahkan telah memilih nama Railgun.

Walaupun belum diumumkan secara rasmi, pemilik pasukan itu, Bilibili telah pun mendaftarkan nama Railgun di pejaat cap dagangan di China. Nama Hangzhou Railgun ini dipilih oleh para peminat menerusi undian di laman rasmi Bilibili.com. Selain dari Railgun, antara nama lain yang disertakan di undian  tersebut adalah Blitz, Billow, Spark, Barrage, Nirvana, Dimensions, Kylins, Blink dan Burst.

Railgun memenangi undian tersebut dengan memperoleh 26.37% undian di ikuti oleh Barrage dan Spark. Liga Overwatch musim kedua akan disertai oleh 8 pasukan baharu iaitu Atlanta, Chengdu, Hangzhou, Guangzhou, Paris, Toronto, Vancouver, dan Washington, D.C. Kesemua nama rasmi dan logo mereka akan didedahkan bersama-sama dengan senarai pemain mereka kelak.

Sumber : ClumsyLi via Overwatch BeaconMarco_YS35

Leave a Comment

%d bloggers like this: