Kenali Dota 2 – Bahagian 1 : Pengenalan

Kenali Dota 2 – Bahagian 1 : Pengenalan

Artikel ini adalah termasuk di bawah siri Kenali Dota 2.


Dota 2 merupakan sebuah permainan berbilang pemain dalam talian di dalam arena pertempuran (Moba – Multiplayer Online Battle Arena) yang dibangunkan oleh Valve Corporation. Ia merupakan sebuah sekuel tersendiri daripada permainan Defense of The Ancient, sebuah mod daripada permainan popular Warcraft III: Reign of Chaos dan The Frozen Throne. Permainan ini mula dibangunkan secara rasmi pada tahun 2009 apabila Valve mengambil Icefrog,  pereka utama bagi mod permainan asal Defense of The Ancient sebagai pereka utama permainan Dota 2 baharu ini.

Dota 2 dilancarkan secara rasmi pada bulan Julai tahun 2013 untuk platform Steam yang boleh dimainkan pada sistem operasi Linux, Windows dan OS X. Ia dilancarkan sebagai permainan yang percuma untuk dimainkan, namun menawarkan pelbagai item tambahan seperti kostum berbayar.

Permainan ini boleh dimainkan oleh 10 orang pemain pada satu-satu masa dan para pemain tersebut akan dibahagikan kepada dua buah kumpulan iaitu Dire dan Radiant yang mempunyai kawasan tersendiri. Pemain haruslah mempertahankan kawasan mereka daripada serangan musuh dan menyerang kawasan musuh. Setiap pemain akan memilih dan mengawal sebuah karekter unik yang dipanggil sebagai hero. Setiap hero mempunyai abiliti, skil dan stail permainan tersendiri. Pemain harus mengumpul mata pengalaman (XP – Experience Point) dan Emas (Gold) bagi meningkatkan skill dan abiliti hero mereka dan menggunakan emas yang terkumpul untuk membeli item tambahan bagi menguatkan lagi hero mereka.

Baca Juga :   Facebook Tandatangani Hak Penyiaran Eksklusif Bagi ESL One Dan CS:GO Pro League

Sesebuah pasukan akan memenangi perlawanan apabila mereka berjaya memusnahkan banggunan utama di pangkalan musuh yang digelar sebagai Ancient. Dota 2 juga mempunyai arena kompetitif yang terkenal merupakan salah satu permainan e-skan terbesar di dunia. Kejohanan terbesar Dota 2, The International merupakan kejohanan e-sukan yang mempunyai jumlah hadiah terbesar didunia iaitu melebihi $25 juta USD pada tahun 2018.

Leave a Comment