AoV International Championship 2018 Akan Diadakan Di Thailand Dan Vietnam – Tawar Hadiah Hampir RM2.5 Juta

AoV International Championship 2018 Akan Diadakan Di Thailand Dan Vietnam – Tawar Hadiah Hampir RM2.5 Juta

Pada bulan September lalu, kejohanan AOV Valor Cup musim ketiga telah berlangsung dengan meriah bagi pelayan Valiant (MY/SG/PH). Pasukan dari Singapura, Team Tamago telah menjadi juara keseluruhan dan berjaya menjadi wakil pelayan Valiant untuk bertanding di kejohanan AoV International Championship 2018 yang akan diadakan pada bulan November ini.

Maklumat lanjut mengenai kejohanan AIC 2018 itu kini telah didedahkan dimana ia akan diadakan di dua buah negara iaitu di negara Thailand dan di Vietnam. 16 pasukan terbaik dari 11 rantau akan hadir bertanding di salah satu kejohanan permainan mudah alih terbesar dunia itu. Bermula pada 4 November, Team Tamagi dan 15 pasukan bertanding yag lain akan terbang ke bandar Ho Chi Minh di Vietnam bagi menyertai kem latihan khas kejohanan tersebut.

Baca Juga :   Piala Dunia Arena of Valor Tawar Hadiah Keseluruhan Melebihi RM2 Juta

Selepas tamat latihan, mereka akan berpindah ke Bangkok, Thailand bagi bertanding di pusingan akhir kejohanan. Hadiah sebesar USD600,000 (~RM2,497,140) diperuntukkan kepada kejohanan ini mengatasi rekod AIC 2017, Piala Dunia AoV (USD550,000) dan menyamai hadiah kejohanan PUBG Mobile Star Challenge.

Dengan kejayaan Piala Dunia Arena of Valor memperoleh lebih 10 juta penonton unik, acara kali ini juga dijangka akan berlangsung meriah memperlihatkan pembangunan arena e-sukan permainan mudah alih.

Sumber : Arena of Valor

Leave a Comment

%d bloggers like this: