Dota 2

Secret Tumbangkan Fnatic Di Perlawanan Akhir PVP Esports Championship

2 tahun lalu

Secret Tumbangkan Fnatic Di Perlawanan Akhir PVP Esports Championship

Hasrat Iceiceice untuk menjulang piala PVP Esports Championship di tanah air beliau tidak kesampaian apabila pasukan Fnatic kecundang di tangan pasukan Secret di perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Perlawanan akhir kejohanan pertama bagi musim kompetitif 2018/2019 it berlangsung meriah dengan kelima-lima perlawanan dimainkan. Dengan kedua-dua pasukan mempunyai pemain baharu bagi musim ini, mereka bermain dengan baik dan boleh dikatakan setanding menyebabkan perlawanan berlangsung sengit.

Selepas empat perlawanan pertama berakhir dengan keputusan 2-2, pasukan dari Eropah, Team Secret merangkul kejuaraan dengan menguasai perlawanan terakhir. Team Secret membawa pulang hadiah wang tunai sebesar USD80,000 manakala pasukan Fnatic pulang dengan hadiah sebesar USD40,000.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments