League of Legends

Keputusan Peringkat Play-In Kejohanan Worlds 2018

2 tahun lalu

Keputusan Peringkat Play-In Kejohanan Worlds 2018

Minggu lalu telah berlangsungnya peringkat pertama kejohanan LoL World Championship 2018 iaitu peringkat play-in. Daripada 12 pasukan yang bertanding di peringkat ini, 4 daripadanya akan mara ke peringkat kumpulan.

Bagi peringkat play-in ini, ia dibahagikan kepada dua pusingan dimana pada pusingan pertama, pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan bertarung sesama sendiri di dalam kumpulan masing-masing menggunakan format tanding padan gilir terbaik dari satu perlawanan. Dua pasukan terbaik di setiap kumpulan kemudiannya akan mara ke pusingan kedua dimana pasukan di kedudukan pertama akan bertarung dengan pasukan di kedudukan kedua. Berbeza dengan pusingan pertama, pusingan ini diadakan di dalam format terbaik dari lima perlawanan.

Berikut merupakan keputusan pusingan pertama di ikuti oleh keputusan pusingan kedua.

Sumber : Gamepedia
Pusingan Pertama – Sumber : Gamepedia
Sumber : Gamepedia
Pusingan Kedua – Sumber : Gamepedia

Kesemua empat pasukan yang berjaya menewaskan lawan masing-masing akan mara ke peringkat kumpulan acara utama kejohanan Worlds 2018. Undian bagi menentukan kumpulan mereka juga telah dilakukan. Pasukan Cloud9 ditempatkan ke kumpulan maut, iaitu B yang dianggotai oleh pasukan RNG, Gen.G dan Team Vitality. Edward Gaming ditempatkan ke kumpulan C yang dianngotai oleh Team Liquid, Mad Team dan KT Rolster. Pasukan G2 Esports pula dimasukkan ke kumpulan A bersama-sama dengan pasukan Flash Wolves, Afreeca Freecs,  dan Phong VU Buffalo. Akhir sekali, pasukan G-Rex dimasukkan ke kumpulan D bersama-sama dengan pasukan Invictus Gaming, Fnatic dan 100 Thieves.

Peringkat kumpulan akan bermula pada 10 Oktober ini pada pukul 4 petang waktu Malaysia dengan perlawanan antara pasukan KT Rolster menentang Team Liquid.

Peringkat Kumpulan - Worlds 2018
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments