League of Legends

Acara LoL All-Star 2018 Akan Melibatkan Peserta LoL Partner Program

2 tahun lalu

Acara LoL All-Star 2018 Akan Melibatkan Peserta LoL Partner Program

Musim kompetitif League of Legends tahun ini semakin menghampiri penamatnya dan oleh sebab itu, perincian mengenai acara tahunan perlawanan League of Legends All-star telah didedahkan.

Akan diadakan pada 6 sehingga 8 Disember kelak bertempat di Esports Arena, Las Vegas, acara kali ini akan melibatkan seramai 64 bintang permainan tersebut. 64 orang bintang ini adalah termasuk:

  • 2 pemain profesional dari setiap rantau, dipilih menerusi undian peminat.
  • 2-3 peserta LoL Partner Program dari setiap rantau.
  • 4 pemain profesional “Jemputan All-star”, dipilih oleh Riot Games selepas tamat undian peminat.

Undian akan dibuka bermula pada 17 Oktober ini dan berterusan selama satu minggu. Acara tahun ini direka untuk memberikan pengalaman pertandingan kadar pantas yang mampu menghiburkan semua peminat. Berikut adalah senarai acara yang akan dimainkan:

  • Pertandingan All-Star 1 lawan 1
  • Pertandingan Kebajian 2 lawan 2
  • Pertandingan Pertunjukan Antara Rantau
  • Timur lawan Barat (Bo5)
  • Pasukan campuran dengan mod perlawanan bersilih-ganti.
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments